MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

OPR Di Jangka Menurun Julai 2019

Pakar ekonomi OCBC Bank, Alan Lau menyatakan OCBC Bank mengekalkan jangkaannya bahawa kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seawal Julai 2019 dan bukannya pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Mei 2019 yang dijadualkan berlangsung hari ini 7 Mei  2019.
Kenyataan di atas berdasarkan andaian bahawa BNM mungkin akan menunggu untuk memantau keadaan dalam tempoh yang lebih lama sebelum membuat keputusan untuk mengurangkan OPR, terutama dengan:- 
1. Perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali tegang
2. Pengukuhan dolar AS.
Ini disokong berdasarkan kenyataan BNM pada Mac 2019, ia memberi petunjuk bahawa pengurangan OPR akan berlaku pada Mei depan.
Selepas berlakunya 'pengurangan secara mengejut' pada Julai 2016 dan tahun seterusnya BNM tidak melakukan sebarang tindakan, BNM memberi petunjuk lebih jelas pada kenyataan dikeluarkan pada Disember 2017.
Satu lagi kebimbangan utama yang mungkin mendorong keputusan BNM untuk menurunkan OPR adalah berkaitan situasi pertumbuhan berikutan Indeks Pengeluaran Perindustrian suku pertama 2019 telah menyusut dan ia biasanya mencerminkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lemah.
Dalam nota penyelidikan bertajuk ‘Adakah BNM akan menjadi yang pertama di ASEAN yang mengurangkan kadar?’.
Pada masa yang sama, Alan Lau berkata kebimbangan juga muncul ke atas nilai ringgit memandangkan mata wang telah menghadapi beberapa tekanan baru-baru ini.
Pengurangan kadar mungkin akan menambah sedikit tekanan terhadap pengukuhan dolar AS-ringgit.
Bagaimanapun, ringgit yang lemah tidak semestinya negatif terhadap ekonomi sebenar, memandangkan inflasi lemah dan kesannya kepada eksport mungkin sekurang-kurangnya neutral.
Beliau berkata hala tuju Rizab Persekutuan AS tidak jelas tetapi percaya ia juga akan memberi kesan kepada keputusan BNM memandangkan perbezaan kadar sebenar 10 tahun antara Malaysia dan AS agak melebar dan telah meningkat dengan ketara walaupun sebahagiannya berpunca daripada inflasi lemah di Malaysia.
Untuk rekod Pada 5 Mac 2019, BNM mengekalkan OPR pada 3.25 peratus.
Baca juga : OPR Mei 2019

Baca juga : Faktor Mempengaruhi Inflasi
Sumber : Bernama 


Post a Comment

0 Comments