MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maybank Kaji BR dan BLR Kesan Penurunan OPR


Malayan Banking Bhd (Maybank) akan mengkaji semula kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) berkuat kuasa har ini 9 Mei 2019 sejajar dengan pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), daripada 3.25 peratus kepada 3.00 Peratus.

Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata Base Rate (BR) bank itu akan diturunkan sebanyak 20 mata asas (bps) kepada 3.05 peratus setahun daripada 3.25 peratus setahun, manakala Base Lending Rate (BLR) akan disemak semula kepada 6.70 peratus daripada 6.90 peratus setahun.

BR, BFR dan BLR saling bergantung dan dipengaruhi oleh OPR, walubagaimanapun Pembiayaan menggunakan kadar tetap atau fixed rate sebab pembayaran adalah dalam kadar tetap tidak dipenagruhi oleh keadaan BFR & BLR.

Begitu juga, BR dan kadar pembiayaan asas Islam (Base Financing Rate (BFR)) akan dikurangkan sebanyak 20 mata asas masing-masing kepada 3.05 peratus daripada 3.25 peratus setahun dan 6.70 peratus daripada 6.90 peratus setahun.

Selaras dengan semakan itu, kadar deposit tetap Maybank juga akan dilaraskan dan dikurangkan kepada 20 bps, berkuat kuasa pada hari yang sama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata Maybank telah menawarkan BR dan BLR paling rendah dalam kalangan bank perdagangan di negara ini untuk beberapa ketika, masing-masing pada 3.25 peratus dan 6.90 peratus.

"Semakan semula kadar kami akan terus memberi faedah kepada para peminjam kami yang mempunyai pinjaman yang disandarkan kepada BR/BLR kerana kadar faedah yang dikenakan akan disemak semula dan dikurangkan dari 9 Mei 2019.

Pada masa yang sama, kami berusaha untuk memastikan bahawa pendeposit terus menerima pulangan yang sesuai untuk deposit mereka kerana kadar deposit tetap telah dilaraskan kurang daripada penurunan 25 mata asas OPR.

Abdul Farid berkata kumpulan itu akan terus menguruskan aset dan liabilitinya dengan berkesan untuk memastikan kadar faedahnya ditetapkan secara bertanggungjawab pada setiap masa untuk manfaat pelanggannya.

Semakan terakhir pada BR Maybank adalah pada 29 Jan 2018, apabila ia disemak semula kepada 3.25 peratus daripada 3.00 peratus.

Baca selanjutnya: OPR 2019

Baca selanjutnya: UOB Kekalkan Unjuran Inflasi 

Sumber: Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments