MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penarikan Malaysia dari Statut Rome



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai oleh negara Malaysia.
Ini berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Tun Dr mahatir Mohamad berkata kerajaan Malaysia menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi. 

Negara Malaysia, yang telah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini (2019).

Pada 4 Mac 2019 Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.
Keputusan untuk menarik diri daripada Statut itu dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini 5 April 2019.
ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rome.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
ICC membicarakan empat jenayah utama antarabangsa:- 
  1. Pembunuhan beramai-ramai (genocide)
  2. Jenayah terhadap kemanusiaan
  3. Jenayah perang dan 
  4. Jenayah pencerobohan
Lebih dari 100 negara telah menandatangani Statut Rome pada tahun 1998 semasa persidangan di Rom bagi menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
ICC telah berkuatkuasa pada tahun 2001 dan mensasarkan untuk menghukum dan mengakhir kekebalan pelaku jenayah yang paling serius.

Sumber: Malaysiakini dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments