MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia dan Indonesia Bantah EU


Negara Malaysia dan Indonesia bersepakat membantah Arahan Tambahan Peraturan Perwakilan 2018/2001 Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah II yang berlangsung di Brussels, Belgium pada 8 dcan 9 April 2019.

Berikutan keputusan Kesatuan Eropah  (EU) untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel dan produk berasaskan kelapa sawit.

Ini kerana apa yang digambarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak berasas berkenaan kelapa sawit yang didakwa sebagai ‘bad practice’,”

Menurut kenyataan Kementerian Industri Utama Malaysia di bawah menteri Teresa Kok Suh Su kedua-dua negara pengeluar utama minyak sawit dunia itu akan memulakan misi bersama ke Brussels di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

Misi bersama itu telah dipersetujui pada Mesyuarat Peringkat Menteri CPOPC Keenam yang diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 28 Februari 2019 bagi menyatakan pendirian negara-negara terbabit berhubung Peraturan Perwakilan berkenaan. 

Mesyuarat peringkat menteri Majlis Negara- Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) kali Keenam diantaranya membincangkan isu - isu dasar perdagangan yang menjejaskan negara anggota, pengeluaran lestari tanaman dan aktiviti bagi mengukuhkan kerjasama dalam industri.

Baca juga : Malaysia Tidak Istihar Perang Pada EU

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 


Post a Comment

0 Comments