MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kempen Mempertahankan Kelapa Sawit


Kerajaan Malaysia melalui Menteri Industri Utama Teresa Kok menggesa rakyat Malaysia di pelbagai peringkat, khususnya menteri kabinet dan anggota Parlimen, disaran membantu mempertahankan industri minyak sawit dan mengkritik usaha mendiskriminasi komoditi itu apabila berada di luar negara.

Kesatuan Eropah (EU) mendakwa bahawa penanaman kelapa sawit mengakibatkan kemusnahan hutan kerana menyebabkan penebangan hutan secara besar - besaran dan memberi kesan kepada kepupusan habitat haiwan seperti Harimau, Badak, Gajah dan lain - lain. EU juga mendakwa bahawa minyak kelapa sawit tidak sesuai digunakan atas sebab faktor kesihatan.

Namun apa yang didakwa oleh EU adalah tidak berasas kerana negara Malaysia masih mempunyai haiwan seperti yang dinyatakan diatas dan 53% permukaan bumi negara Malaysia masih dilitupi hutan, menepati piawaian persidangan Rio,  Brazil.
Tindakan proaktif perlu diambil oleh rakyat Malaysia yang berada didalam dan luar negara, terutama menteri kabinet dan anggota Parlimen apabila membuat lawatan kerja rasmi atau urusan peribadi tidak kira di pihak kerajaan atau pihak pembangkang berkempen bagi membantu menyampaikan maklumat tepat kepada pihak luar termasuk di Eropah yang mempunyai pandangan negatif terhadap industri itu dengan mengatakan ia merosakkan alam sekitar dan tidak sihat adalah tidak tepat dan berasas.
Semua kementerian di bawah kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam melawan kempen dari seluruh Eropah dan negara barat yang begitu anti kepada minyak sawit kerana isu penyahhutanan dan kesihatan dan mempertahankan industri minyak sawit dan mengkritik usaha yang mendiskriminasi industri sawit Malaysia dan negara pengeluar kelapa sawit seperti Indonesia dan Colombia.
Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan program Sayangi Minyak Sawitku pada bulan Januari 2019 bertujuan memberi seluruh rakyat Malaysia maklumat tepat mengenai industri minyak sawit Malaysia sekali gus boleh menjawab dan memberi penerangan sebarang tuduhan berbentuk diskriminasi.

Kerana ada segelintir masyarakat dunia kurang jelas berkenaan kelapa sawit, apa yang didakwa oleh EU atau pihak luar tidak semuanya tepat disebabkan kekurangan pengetahuan berkenaan industri kelapa sawit, sekiranya pendakwa tersebut datang ke Malaysia sudah pasti pandangan mereka berbeza dari apa yang mereka fikirkan,  kerana negara Malaysia tetap menjaga alam sekitar dan faktor kesihatan.

Justeru seluruh rakyat Malaysia, ahli politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli perniagaan, pihak kerajaan dan bukan kerajaan tanpa mengira latarbelakang, agama, fahaman politik dan sebagainya berkerjasama dalam mempertahankan industri kelapa sawit serta menjayakan kempen Sayangi SawitKu demi masa depan masyarakat dan negara Malaysia.

Adalah diharapkan melalui kerjasama semua pihak dalam membantu kempen memberikan penerangan dan pengetahuan berkenaan industri kelapa sawit kepada masyarakat dunia dan pihak EU dapat membuka minda mereka sekaligus berubah pandangan dan menarik balik mendiskriminasikan industri kelapa sawit kepada memberi sokongan penanaman kelapa sawit sebagai sumber ekonomi dunia.

Kempen Sayangi SawitKu

Sumber: Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments