MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Menuntut Ilmu


Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :" Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga"

(Hadis Riwayat: Muslim) 

Hadis diatas membawa maksud: - 
  1. orang yang menuntut ilmu akan mendapat pertolongan dari Allah s.w.t dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
  2. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama dapat membezakan yang  hak dan yang batil.
  3. Seseorang yang berilmu dapat memberikan petunjuk dan nasihat kepada mereka yang memerlukannya.
  4. Orang yang menuntut ilmu dapat memberikan kebaikkan kepada dirinya serta kebaikkan kepada orang lain.
  5. Disetiap kesukaran dalam menuntut ilmu itu ada kemanisannya yang Allah s.w.t berikan.
  6. Ilmu yang bermanfaat membawa seseorang itu ke Syurga Allah s.w t.
Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang maksudnya:

"Supaya Allah s.w.t meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat " . (al-Mujadalah :11)

Maksud ayat diatas membawa makna:-
  1. Allah s.w.t meninggikan darjat dan martabat seseorang itu melalui ilmu pengetahuan yang dimilikinya.
  2. Ilmu dapat menentukan keutamaan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan sebagai contoh segerakan berbuka puasa jika telah masuk waktunya dan selepas itu barulah menunaikan solat fardhu.
  3. Dengan ilmu kita dapat membezakan perkara yang baik dan yang tidak baik.
Sebagai mana yang kita maklum bahawa terdapat banyak hadis berkenaan pentingnya menuntut ilmu pengetahuan  agama sehinggakan menuntut ilmu diberi keutamaan dalam agama Islam itu sendiri.

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" 

Seseorang diminta menuntut ilmu dari kecil hingga ke akhir hayat,  supaya menjadi insan yang berguna, beriman,  bertakwa dan berjaya di sisi Allah.w.t

"Tuntutlah ilmu hingga ke negara China"

Negara China ketika zaman Rasulullah s.a.w adalah negara yang jauh jaraknya dari Tanah Arab ketika itu, perumpamannya diatas membawa maksud tuntutlah ilmu sejauh mungkin di dunia.

Hadis atau ayat diatas biasa di dengar dan mempunyai maksud yang tersirat dan hanya ilmu yang baik dan bermanfaat sahaja yang mendapat kemuliaan di sisi Allah s. w.t 

Ilmu agama dan ilmu keduniaan yang dituntut hendaklah di lakukan/diniatkan kerana Allah s.w.t untuk mencari keredahaan Allah s.w.t.

Wallahua'lam

Sumber : JAKIM dan Penulis sendiri.



Post a Comment

0 Comments