MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cadangan Penurunan Kadar Tarif Elektrik



Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sentiasa komited untuk mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat ketika ini yang semakin meningkat.

Kerajaan Malaysia Akan menimbangkan cadangan untuk menurunkan kadar tarif elektrik di negara ini, selari dengan penurunan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa.

Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia masih belum memuktamadkan mengenainya dan ia akan dibawa ke kabinet untuk pertimbangan dan dibahaskan.

Berdasarkan data terbaharu Tenaga Nasional Bhd (TNB), sebanyak 53 peratus daripada sumber elektrik di Malaysia adalah dijana daripada arang batu, 42 peratus daripada gas asli dan selebihnya berasaskan tenaga hidro dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Menurut laporan Reuters pada 15 Februari lalu, harga gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) susut lebih 40 peratus sejak Jun tahun lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu, terendah sejak September 2017.

Manakala harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle Australia menurun bagi sukuan sejak pertengah 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak 2017.

Pelarasan kadar tarif dibuat setiap enam bulan berdasarkan kos untuk menjana elektrik.

Badan yang mengawal selia tarif elektrik iaitu Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan menggunakan mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan ini.

Rakyat Malaysia menyambut baik penurunan tarif elektrik sekiranya ianya dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dan diharapakan negeri Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan juga mendapat maanfaat dari perlaksanaan ini, walaupun syarikat yang membekalkan elektrik di Sabah dan Sarawak adalah berbeza berbanding disemenanjung Malaysia.

Sumber : Berta Harian,  malaysiakini dan penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments