MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bursa Malaysia 2019


Salah satu faktor penentuan yang mempengaruhi Bursa Malaysia adalah Harga Minyak Mentah (Brent) Dunia, turun naik harga Minyak Brent ini mempengaruhi pasaran saham dan pelabur.

Prestasi rendah ekuiti Amerika Syarikat (AS) baru - baru ini dipengaruhi oleh beberapa faktor diantaranya perang perdagangan diantara AS dan China, perbendaharan AS menyusut dan penurunan harga Minyak Brent faktor-faktor ini mempengaruhi Bursa Malaysia kerana AS adalah kuasa ekonomi dunia dan pengeluar minyak terbesar dunia pada masa ini.

Pada tahun 2018 krisis kejatuhan harga Minyak Brent ketika itu menyaksikan Pembuangan pekerja dan penamatan kontrak pekerjaan syarikat-syarikat berkaitan minyak dan gas (O&G).

Kemerosotan keuntungan yang dialami oleh syarikat-syarikat berasaskan minyak seperti Petronas Malaysia, meyebabkan terencatnya pertumbuhan industri minyak dan gas kesannya pendapatan negara terjejas dari segi pembayaran dividen,  cukai dan royalti serta pembuangan pekerja terpaksa dilakukan.

Kesannya terhadap Bursa Malaysia syarikat-syarikat berkaitan minyak dan gas harga saham mereka jatuh dan ada yang diklasifikasikan di bawah PN17 atau saham bertanda disebabkan kerugian berterusan yang dialami oleh syarikat tersebut.

Harga Minyak Brent mempengaruhi harga saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia,  asas ini selari dengan syarikat minyak dan gas sekiranya harga minyak naik maka saham syarikat berkaitan minyak pun akan naik begitu juga sebaliknya.

Faktor negara Venezuela adalah negara pengeksport petroleum minyak dan gas dan antara negara pengeluar minyak dunia, kekecohan di Venezuela menyebabkan gangguan bekalan minyak mentah dunia kepada pasaran dunia. 
Berbalik kepada Bursa tempatan atau Bursa Malaysia dijangka kekal rendah selepas laporan pendapatan lemah oleh syarikat tempatan dan daripada perspektif asas.
Daripada perspektif pelabur, pasaran memberi diskaun kepada pembeli selaras dengan hakikat bahawa syarikat asing semakin yakin dengan Bursa Malaysia. Ini akan membendung kelemahan prestasi dalaman selepas laporan pendapatan kurang memberangsangkan.
Pelabur perlu mengelak sektor bermusim, dan perlu beri tumpuan pada sektor produk pengguna dan sektor tenaga, wujud kemungkinan bagi pengambilan untung di kaunter barisan ketiga, berdasarkan prestasi mereka pada minggu yang baru berakhir.
Jangkaan tiada pergerakan besar minggu depan, dengan urus niaga FBM KLCI antara 1,670 hingga 1,690 berikutan pasaran sedang menunggu pemangkin baharu, dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkannya dalam ucapan beliau pada Invest Malaysia, yang boleh dianggap akan memberikan lebih kejelasan kepada pasaran.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI ditutup 0.64 mata lebih tinggi kepada 1,680.54.
Indeks FBM Emas meningkat 19.95 mata kepada 11,759.18, Indeks FBMT 100 naik 12.24 mata kepada 11,602.72 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 10.26 mata kepada 11,748.08.
FBM 70 melonjak 47.29 mata kepada 14,209.07 dan Indeks FBM Ace naik 144.12 mata kepada 4,834.45.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.72 mata kepada 17,537.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.44 mata kepada 170.70 dan Indeks Perladangan turun 7.95 mata kepada 7,256.19.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 19 bilion unit bernilai RM13.22 bilion daripada 14.55 bilion unit bernilai RM11.43 bilion.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 15.25 bilion saham bernilai RM12.36 bilion daripada 10.47 bilion saham bernilai RM10.53 bilion.
Jumlah dagangan waran turun kepada 2.14 bilion unit bernilai RM449.56 juta berbanding 2.65 bilion unit bernilai RM577.32 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 1.45 bilion saham bernilai RM356.27 juta berbanding 1.42 bilion saham bernilai RM316 juta.

Harga Pasaran Minyak Brent/Mentah merupakan salah satu faktor utama dalam penentuan harga saham dan syarikat di Bursa Malaysia, walaupun terdapat beberapa faktor lagi yang menentukan Bursa Malaysia.

Pada asasnya semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat - syarikat tersenarai di Bursa Malaysia membolehkan saham syarikat di dagangkan di pengaruhi oleh harga minyak dunia, mata wang dolar AS, negara - negara pengeksport minyak dan gas,  suasana politik , dasar kerajaan dan kerjasmaa negara atau konflik negara, kesemua faktor - faktor ini berkait dalam penentuan Bursa di dunia mahupun di Malaysia.


Sumber : Berita Harian,  Utusan Online,  malaysiakini, Bernama dan Penulis Sendiri.


Post a Comment

0 Comments