MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zakat Renungan Bersama

Allah berfirman didalam Al - Quran yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembayang dan keluarkanlah zakat, dan ruku'lah kamu semua (berjama'ah) bersama -sama orang yang ruku '"
  
(QS Al- Baqarah (2) :43) 

Ayat diatas membawa maksud menerangkan untuk menunaikan solat dan mengeluarkan zakat (wang) bagi mereka yang berkemampuan 

"Dan pada harta -harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)"

(QS Al-Dzariyaat (51):19)

Ayat diatas membawa maksud menerangkan kewajiban mengeluarkan zakat bagi golongan yang betkemampuan untuk diberikan kepada Asnaf yang berhak (8) golongan iaitu :

  1. Fakir 
  2. Miskin
  3. Amil (pengurus -pengurus zakat)
  4. Mualaf
  5. Al-Riqab (Hamba -hamba Sahya)
  6. Al-Gharimin (Orang berhutang)
  7. Ibnu Sabil 
  8. Fisabilillah 

"Dan jangan sekali -kali orang-orang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. 

(QS Ali Imran ayat 180)

Ayat diatas boleh dikaitkan dengan Qarun ia itu orang yang terkaya dimuka bumi tetapi akibat sombong, takbur dan bakhil serta kedekut akhirnya Qarun lenyap ditelan bumi bersama hartanya.

Sehingga hari ini,  harta yang dijumpai dipanggil dengan panggilan harta Qarun /Karun.

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu : "Demi seaungguhnya!  Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,  dan sesungguhnya jika kamu kufur Ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

(QS Ibrahim stay 7)

Mudah - mudahan menjadi peringatan dan muhasabah kepada diri sendiri dan kita untuk pedoman melaksanakan segala perintahNya dan RasulNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Wallahu A'alam 

Post a Comment

0 Comments