MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zakat Perniagaan


" Daripada  Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda : " Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat (syahadah) , mendirikan sembayang (solat) fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika berkemampuan), dan berpuasa pada bulan Ramadhan".

(Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis diatas dinyatakan zakat, zakat ada beberapa kategori salah satu dari kategori tersebut adalah zakat perniagaan.

Zakat perniagaan merupakan zakat harta yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan yang diniagakan bertujuan untuk memperolehi keuntungan dalam aktiviti urusan jual beli.

Semua aktiviti -aktiviti perniagaan berasaskan keuntungan wajib dikenakan zakat perniagaan seperti perikanan,  pembuatan, perlombongan,  perkapalan,  pertanian,  pembekalan, barangan dan perkhidmatan dan sebagainya yang berlandaskan syara '. Samaada perniagaan persendirian,  perkongsian ataupun sdn bhd. Seperti mana firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud

" Hai orang-orang beriman!  Nafkahkan la (di jalan Allah swt) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik - baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

(Al-Quran surah Al -Baqarah (2): 267)

Dari Samarah bin Jundub telah berkata : " Adalah Rasulullah saw telah memerintahkan kami mengeluarkan zakat daripada barang-barang yang kami sediakan untuk dijual".

(Hadis Riwayat : Abu Daud)

Hassan Basri berkata yang bermaksud :

" Bila bulan seseorang harus membayar zakatnya sudah datang,  maka ia menghitung zakatnya dari wang yang ada pada tangan, barang yang terjual dan semua piutangnya, kecuali piutang yang belum jelas dan tidak mungkin diharapkan kembali."

Di negara Malaysia zakat perniagaan di letakkan dibawah akta atau enakmen khusus tentang zakat yang memperuntukkan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)  dan diurusakan oleh pusat - pusat zakat atau syarikat yang dilantik oleh MAIN.

sekiranya inginkan penjelasan lanjut berkenaan zakat perniagaan. Sila berkunjung terus ke kaunter /zakat negeri - negeri/ negara masing -masing.

Sumber: Pusat Zakat dan Majalah Zakat. 

Post a Comment

0 Comments