MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Takaful Motor



Pengenalan

Panduan sebagai pengenalan bagi membantu anda untuk mengetahui dan memahami bagaimana takaful motor berfungsi. Ia memberikan beberapa maklumat asas kepada pengendali takaful dalam membuat pilihan yang tepat sebelum menyertai mana-mana pelan takaful.

Apakah Takaful Motor?

Pelan takaful motor melindungi anda terhadap kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan, kecurian atau kemalangan dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga. Perlindungan terhadap risiko pihak ketiga di Malaysia diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menjadi satu kesalahan mana-mana orang untuk menggunakan atau membenarkan orang lain untuk menggunakan kenderaan bermotor tanpa perlindungan yang mencukupi.

Konsep Takaful dalam Takaful Motor 

Apabila anda menyertai pelan takaful motor, anda menyumbang sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk sumbangan penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) untuk anda untuk menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu atara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian kerana kemalangan yang melibatkan kenderaanya.

Jenis-Jenis Perlindungan 

Secara umumnya terdapat tiga jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor

Pihak Ketiga (Third Party) - Ini melindungi anda daripada kematian pihak ketiga, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda.

Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga (Third Party Fire & Thief) - Ini melindungi anda daripada kematian pihak ketiga, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta serta kerugian dan/atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kebakaran yang tidak disengajakan 

Komprehensif (Comprehensive)- Ini melindungi anda daripada kematian pihak ketiga, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta serta kerugian dan/atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Berapa Jumlah yang Perlu saya Lindungi?

Pastikan jumlah perlindungan  yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda, iaitu kos penggantian semula kenderaan dengan buatan, model dan keadaan yang serupa. Sekiranya jumlah perlindungan kurang daripada nilai pasaran, syarat purata akan diguna pakai apabila tuntutan dibuat. Syarat purata adalah satu penalti kerana kurang melindungi kenderaan anda. Kurang melindungi bermakna jumlah perlindungan pada masa kerugian adalah kurang dari nilai pasaran.

Contoh: Jumlah perlindungan adalah RM 80,000 manakala nilai pasasran kenderaan ialah RM 100,000 dan kerugian adalah RM 5,000. Syarat purata akan dikira seperti berikut:
Kenderaan kurang dilindungi sebanyak 20% . Pengendali takaful hanya akan melindungi sebanyak RM 4,000 dan bukannya kerugian  RM 5,000. Anda perlu menanggung perbezaan RM 1,000.

Apakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)

Ini boleh dianggap sebagai Insentif kepada anda kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh sebelum berakhirnya perlindungan takaful motor. Diskaun ini diberikan mengikut skala apabila anda memperbaharui sijil anda.

NCD boleh dipindah milik kepada syarikat pengendali takaful/insurans lain atau kenderaan lain milik anda di Malaysia pada masa ini NCD minimum 15% dan maksimum adalah 55%.


Membatalkan sijil anda 

Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis 14 hari kepada pengendali takaful. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik pro rata daripada sumbangan takaful sehingga tempoh belum tamat takaful. Apabila anda membatalkan sijil, anda mesti menyerahkan sijil motor dan sijil takaful kepada pengendali takaful. Anda perlu membuat Akuan Berkanun sekiranya sijil takaful hilang atau musnah. Sijil akan menjadi tidak sah apabila kenderaan tersebut dijual kepada orang lain. Pemilik baru perlu menyertai perlindungan takaful baru.







Post a Comment

0 Comments