MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Senarai Barang-Barang Kawalan 2019



Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
  1. Gula
  2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
  3. Garam
  4. Simen dan klinker
  5. Tepung gandum
  6. Minyak masak
  7. Baja
  8. Racun serangga
  9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
  10. Bar bulat keluli lembut
  11. Minyak tanah
  12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
  13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
  14. Padi (Sabah sahaja)
  15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
  16. Bahan api diesel
  17. Gas Petroleum Cecair (LPG)
  18. Semua jenis roti
  19. Minyak bahan api
  20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
  21. Kayu Getah
  22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Barang-Barang Kawalan Yang Diberikan Subsidi Oleh Kerajaan

1. Tepung gandum kegunaan am.

2. Minyak masak.

3. Gas petroleum cecair (LPG).


Barang – Barang Yang Dilarang Eksport

AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 KAWALN BEKALAN (LARANGAN EKSPORT) 2011
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah mewartakan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang berkuatkuasa pada 15 Mac 2011. Di bawah peraturan ini, mana-mana orang tidak boleh mengeksport apa-apa barang kawalan seperti berikut:
  BIL. BARANG KAWALAN
 1. Tepung gandum
 2. Bahan api diesel
 3.  Petrol RON 95
 4. Gas Cecair Petroleum
Larangan eksport ini tidak terpakai kepada pengilang barang kawalan yang kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Mulai tarikh ini, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2006 adalah TERBATAL.
Link kepada Warta Kerajaan,
https://www.kpdnhep.gov.my/kpdnkk/wp-content/uploads/2017/06/LaranganEksportBM.pdf
Sumber : KPDNHEP Malaysia

Post a Comment

0 Comments