MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Anda Adalah Bos Badan Anda

 


Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial adalah amat penting bagi membantu ibu bapa menentukan bila mereka patut mengajar anak-anak mereka tentang keselamatan diri, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan.


Antara pengetahuan asas bagi setiap kanak-kanak adalah anatomi badan termasuk bahagian sulit serta pelbagai jenis sentuhan. Sentuhan adalah tindakan menyentuh mana-mana bahagian tubuh seseorang atau sesuatu hingga mencetuskan perasaan dalam diri sama ada baik atau sebaliknya.


Ajar anak-anak anda agar tahu bahawa tiada sesiapa boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran. Ajar mereka untuk berani berkata “TIDAK!” jika ada orang:


a. menyentuh bahagian sulitnya di hadapan mereka;

b. menyentuh mulut, dada, punggung dan bahagian sulit mereka;

c. disuruh menyentuh bahagian sulit orang lain;

d. diminta membuka pakaian dan/atau diambil gambar atau dirakam tanpa berpakaian;

e. ditunjukkan gambar atau video orang tanpa pakaian


Dengan ini, mereka akan lebih bersedia untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa gangguan dan jenayah seksual walaupun dalam kalangan orang terdekat. 


Sumber/Kredit: KPWKMP

Post a Comment

1 Comments