MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Adab-Adab Menyembelih Haiwan Korban



Menyembelih korban mempunyai adab yang sepatutnya di ambil perhatian : 

1. Menghadap ke arah kiblat ketika menyembelih.


2. Berlaku ihsan kepada haiwan yang hendak disembelih, iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam dan dilakukan dengan kuat dan cepat. Sebahagian ulama mengharamkan penggunaan pisau yang tumpul. 


3. Memastikan terputusnya halkum (saluran pernafasan) dan urat marikh. 


4. Tidak mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih, juga tidak menyembelih di hadapan haiwan lain yang menunggu giliran seterusnya. 


5. Tidak melakukan sesuatu yang menyakitkan haiwan yang sudah disembelih sebelum haiwan tersebut benar-benar mati. Seperti memotong mana-mana anggota haiwan tersebut sebelum haiwan benar-benar mati. 


6. Bertakbir selepas membaca basmalah ketika menyembelih haiwan korban seperti membaca "Bismillahi Allahu Akbar".


Wallahu Ta’ala A’lam. 


Kredit: muftiperlis.gov.my


Post a Comment

0 Comments