MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pendidikan - SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 8 Oktober 2021

 


Pendidikan


 • Semua institusi pendidikan swasta kategori pusat seperti Pusat Tuisyen, Pusat Bahasa, Pusat Kemahiran, Pusat Latihan, Pusat Perkembangan Minda dan pusat-pusat lain yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beroperasi secara bersemuka dengan penggiliran 50% kapasiti kelas.

• Pembukaan semula semua sekolah bawah KPM dan institusi pendidikan yang berdaftar bawah KPM bagi menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

• Pembukaan Sekolah Rendah :

a. Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) hadir tanpa penggiliran;

b. Murid prasekolah/tadika swasta hadir tanpa penggiliran; dan

c. Murid lain menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

• Pembukaan Sekolah Menengah :

a. Murid Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma Tahun 2 dan Program Pra Universiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hadir tanpa penggiliran;

b. MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas/Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan PPKI hadir tanpa penggiliran;

c. Murid Program Pra Universiti di SSM dan murid kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah asrama sepenuhnya di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.(SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Berasrama Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan hadir tanpa penggiliran;

d. Murid kelas peperiksaan antarabangsa International General Certificate For Secondary Education (IGCSE) O-Level, A-Level, dan Australia Higher School Certificate dan International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) hadir tanpa penggiliran;

e. Murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain hadir secara penggiliran;

f. Murid kelas peperiksaan awam SPM, STAM, SVM dan STPM di sekolah harian/swasta hadir secara penggiliran; dan

g. Murid lain menjalankan PdPR.


• Kolej Matrikulasi

Pelajar Sistem Dua Semester dan Sistem Empat Semester (Sem. III) akan mengikuti PdP di kolej/PdPR. Pelajar Sistem Empat Semester (Sem.I) mengikuti PdPR.


• Institut Pendidikan Guru (IPG)

a. PdP diteruskan secara dalam talian sehingga 6/7 November 2021 bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Mod Perdana. PdP akan dilaksanakan secara bersemuka/ hibrid di kampus IPG mulai 7/8 November 2021.

b. PdP diteruskan secara dalam talian bagi pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dan PDPP Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). PdP secara bersemuka /hibrid akan dilaksanakan mulai 11/12 Disember 2021.



Merentas Negeri


• Murid/Pelajar yang terlibat dibenarkan merentasi negeri untuk ke sekolah/institusi pendidikan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian/Agensi yang berkenaan.

• Pergerakan pergi dan balik ke sekolah/institusi pendidikan bagi murid/pelajar yang terlibat boleh ditemani oleh seorang penjaga.

• Pergerakan guru/pensyarah atau tenaga pengajar ke sekolah/institusi pendidikan untuk tujuan merentas negeri bagi melaksanakan PdP dibenarkan dengan surat pengesahan daripada sekolah/institusi pendidikan bawah KPM/MARA atau kementerian/agensi yang berkaitan.

• Murid/Pelajar yang merentas negeri daripada Semenanjung Malaysia ke Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan atau sebaliknya perlu mematuhi peraturan yang berkaitan saringan COVID-19 dan kuarantin yang dilaksanakan.



Kawalan Pergerakan Murid/Pelajar Kembali ke Asrama


• Pergerakan bagi kemasukan murid/pelajar ke asrama adalah dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM/MARA atau kementerian/agensi yang berkaitan untuk tujuan merentas negeri.

• Murid/Pelajar di asrama perlu melaksanakan Ujian Kit Kendiri COVID-19 sebanyak tiga (3) kali, iaitu sebelum pendaftaran masuk, hari keenam dan hari keempat belas di asrama.

• Pelajar IPG digalakkan untuk melaksanakan Ujian Kit Kendiri COVID-19 sehari sebelum kembali ke IPG atau melaksanakan ujian calitan di fasiliti kesihatan dan memaklumkan kepada pihak IPG keputusan ujian tersebut.

• Sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya dibenarkan beroperasi.

• Sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain adalah tertakluk kepada Kementerian/Agensi yang berkaitan.

• Semua IPT di bawah kawal selia KPT dibuka secara berperingkat kepada pelajar yang telah lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas lengkap vaksinasi, namun kemasukan sebenar adalah tertakluk kepada kapasiti IPT.

• Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPT secara bersemuka/ berkumpulan/ berkelompok adalah dibenarkan bagi pelajar yang telah lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksinasi dengan mematuhi SOP yang ketat. Mod PdP secara hibrid akan dilaksanakan bagi pelajar yang berada di kampus. Mod PdP secara dalam talian akan diteruskan bagi pelajar yang belum kembali ke kampus.

• Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh IPT berkaitan.

• Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.



Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) - SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 8 Oktober 2021.

Post a Comment

0 Comments