MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kesan – Kesan Pembalakan Terhadap Alam Sekitar



Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (binatang/haiwan).

 

Berikut beberapa Kesan – kesan pembalakan terhadap Alam Sekitar

 

Kepupusan sumber hutan dan kayu-kayan yang berharga apabila penebangan dilakukan secara berleluasa dan tidak dikawal. Pembalakan secara haram adalah satu aktiviti yang menyebabkan berlakunya kepupusan sumber alam dan kehilangan kayu kayan yang berharga seperti Cengal, Merbau, Jati, Balau, Meranti, Kempas, Kulim, Tualang, Kapur dan sebagainya. Penebangan hutan boleh melibatkan penukaran tanah hutan kepada ladang, atau kegunaan luar bandar kesannya hutan makin berkurangan.

 

Secara langsung hakisan tanih akan terjadi dan struktur tanih terganggu mengakibatkan tanah runtuh terutamanya di bahagian cerun apabila hujan lebat berlaku kerana ketiadaan akar dan litupan pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan untuk menyokong atau menguatkan struktur tanah yang telah longgar.

 

Banjir berpotensi berlaku kerana air larian di bahagian cerun tidak dapat disekat oleh sistem akar dan litupan pokok menyebabkan air terus berkumpul di tanah rendah, lama-kelamaan paras air meningkat apabila hujan turun dengan lebat seterunya banjir terjadi keadaan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya terjadi fenomena air pasang besar.

 

Kawasan tadahan air hujan akan terganggu disebabkan penebangan pokok-pokok yang berfungsi sebagai medium penyimpanan air semula jadi melalui sistem akar dan struktur tanah yang mampan. Kesan dari berkurangnya Kawasan tadahan air berkemungkinan sumber semula jadi dan air hujan akan terjejas kerana proses infiltarsi terganggu.

 

Kesuburan tanih akan merosot disebabkan terdedah dengan tindakan air hujan yang turun membawa tanih yang mempunyai kandungan nutrient seperti sulfat, nitrat-nitrogen, ammonium-nitrogen dan fosforus  terus ke tanah rendah dan hanyut di bawa oleh arus sungai.

 

Hidupan liar juga terganggu dan menyebabkan hidupan liar menjadi pupus kerana kawasan perlindungan dan pembiakan (habitat) terjejas serta terancam contoh hidupan liar seperti Gajah, Harimau, Tapir, Mink, Moose dan seumpamnya dan ini telah terjadi pada hari ini.

 

Mengundang kepada fenomena El Nino (Kemarau) disebabkan lapisan tanah menjadi kering dan membentuk alur serta rekahan kesannya terdedah kepada sinaran matahari yang terik.

 

Tidak dinafikan bahawa pembalakan telah memberikan sumbangan ekonomi kepada sesebuah negara, namun perlulah dikawal dan mengikut undang-undang sedia ada tanpa menafikan keselamatan manusia dan hidupan haiwan serta penjagaan alam sekitar.

 

 

MyWilayah.com

Post a Comment

0 Comments