MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

5 Nama Nabi Muhammad SAW

 


Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW adalah nabi dan rasul akhir zaman yan diutus oleh Allah SWT untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah/ menyembah Allah dan membawa rahmat seluruh alam.


Berikut adalah 5 Nama Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW dalam hadis di bawah.


Rasulullah SAW bersabda:


لِي خَمْسَةُ أسْماءٍ: أنا مُحَمَّدٌ، وأَحْمَدُ وأنا الماحِي الذي يَمْحُو اللَّهُ بي الكُفْرَ، وأنا الحاشِرُ الذي يُحْشَرُ النّاسُ على قَدَمِي، وأنا العاقِبُ


Maksudnya : “Aku mempunyai lima nama iaitu aku adalah Muhammad dan Ahmad, Aku juga adalah al-Mahi (penghapus) yang mana Allah SWT menghapuskan kekafiran melalui perantaraanku, dan aku juga adalah al-Hasyir (penghimpun) yang mana manusia akan dihimpunkan di bawah kakiku dan aku juga adalah al-‘Aqib (iaitu tiada lagi selepasnya nabi).” 

Riwayat al-Bukhari (3532)


5 Nama Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW melalui hadis di atas:-

1. Muhammad

2. Ahmad

3. al-Mahi

4. al-Hasyir

5. al-‘Aqib



والله أعلمُ


Post a Comment

1 Comments