MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List) Fasa 4 PPN

 


SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN (NEGATIVE LIST)

1. Aktiviti Hiburan 

Aktiviti di kelab malam atau pub. 


2. Aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan

• Aktiviti pelancongan ke luar negara.

• Aktiviti pelancongan ke dalam negara yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.


3. Aktiviti Sukan dan Rekreasi

• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan MELEBIHI kapasiti yang ditetapkan.

• Pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi yang TIDAK mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.

• Penganjuran semua kejohanan/ pertandingan/ acara sukan dan rekreasi TANPA kebenaran KBS.

• Kehadiran penonton/ penyokong ke venue sukan dan rekreasi MELEBIHI kapasiti ditetapkan.

• Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TANPA kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sokongan KBS/ MSN.

• Kemasukan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal asing ke Malaysia TANPA kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sokongan KBS/ MSN dan tidak mematuhi peraturan-peraturan kemasukan warga asing ke Malaysia.


4. Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan

• Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.



Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa 4 Tarikh Kemas Kini 17 September 2021.

Post a Comment

0 Comments