MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Teknologi 4G VoLTE



Umumnya rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat dan sepenuhnya pada 31 Disember 2021 dan digantikan dengan rangkaian 4G. 


Peringatan oleh syarikat telekomunikasi akan dibuat sebelum 31 Disember 2021 melalui SMS, e-mel dan platform media sosial & laman web.


Pelanggan/pengguna yang menggunakan peranti rangkaian 3G akan terkesan dengan penamatan rangkaian 3G dan perlu beralih ke peranti yang menyokong fungsi 4G VoLTE. 

 

VoLTE bermaksud "Voice over LTE". Berikut dikongsikan kelebihan Teknologi 4G VoLTE:-

1.  Pelanggan menikmati panggilan rangkaian 4G yang berkualiti tinggi.

2.  Kualiti suara berdefinisi tinggi (HD)

2. Panggilan disambungkan dengan lebih pantas

3. Boleh bercakap dan melayari internet pada masa sama

4. Kualiti perkhidamtan yang lebih baik 

5. Kelajuan internet yang lebih tinggi

6. Kadar latensi yang lebih rendah

7. Kestabilan rangkaian

8. Peningkatan kualiti pengalaman

 

Panggilan yang dibuat melalui VoLTE akan dikenakan bayaran dengan caj minit panggilan mengikut pelan/pakej mudah alih anda. Sekiranya anda membuat panggilan video atau panggilan suara melalui aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp, purata panggilan satu minit menggunakan 6MB hingga 8MB data anda.

 

Pelanggan/pengguna yang menggunakan peranti 4G akan disambungkan secara automatik ke rangkaian 4G.


Untuk maklumat lanjut dapatkan maklumat lanjut daripada penyedia perkhidmatan masing-masing.

 

Sumber:  @skmm_mcmc

Post a Comment

0 Comments