MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Soalan Yang Kerap Ditanya Mengenai Vaksin Covid-19

 


Kak Nora Cik

Sudah hampir sebulan lebih saya bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur. Bermula daripada Fasa 1 (untuk frontliners) dan sekarang memasuki Fasa 2 (orang awam - warga emas). Saya akan berkongsi soalan-soalan lazim/ FAQ (frequently asked questions) yang banyak ditanyakan kepada saya sebagai doktor yang melakukan saringan. Sedikit sebanyak diharap dapat menjawab soalan-soalan anda tentang vaksin Covid-19. 


1. " Doktor, boleh ke saya nak pilih vaksin ? " 

- Maaf, anda tidak boleh memilih vaksin. Vaksin yang ada adalah mengikut stok yang dibekalkan kepada PPV tersebut.


2. " Apa beza Pfizer/ Sinovac/ Oxford-AstraZeneca (AZ) ni ya ? " 

- Pfizer menggunakan teknologi baru di mana DNA virus Covid 19 itu disalin (mRNA)

- Sinovac pula virus Covid 19 yang telah dinyahaktif

- Oxford-AstraZeneca (AZ) pula adalah protein diambil daripada virus Covid 19 yang sudah diubahsuai 

- Ketiga-tiganya dijadikan vaksin untuk menghasilkan imunisasi/ antibody melawan Covid 19 virus 


3. " Doktor, vaksin mana yang paling bagus ? Pfizer atau Sinovac atau AstraZeneca ? " 

- Semua vaksin adalah bagus dan selamat. Cara vaksin berkerja, harga, negara pengeluar, kajian vaksin yang membezakan satu sama lain. FUNGSI vaksin tetap sama - mencegah. 


4. " Tapi doktor, ' efficacy ' Pfizer lagi tinggi daripada Sinovac & Oxford-AstraZeneca (AZ) ! Lagi mahal pula ! Barang mahal selalunya bagus. " 

- Anda tidak boleh meletakkan Pfizer bersebelahan dengan Sinovac/ AZ dan membandingkan nombor tersebut. Kita perlu terjemah nombor mengikut kajian. 

- Kena faham bahawa kajian Pfizer / Sinovac / Oxford-AstraZeneca adalah berbeza

- Kajian yang dilakukan adalah Sinovac vs placebo, Pfizer vs placebo, Oxford-AstraZeneca vs placebo. 

- Apa pula placebo ? Ia adalah bahan olok-olok yang selamat dan tidak memberikan kesan kepada badan. Kenapa placebo ini penting ? Supaya kita dapat melihat keberkesanan sesuatu vaksin itu kepada penerima & yang tidak menerima. 

- 51.4 - 91.25% efficacy Sinovac vs placebo

- 95% efficacy Pfizer vs placebo

- 62 - 90% efficacy Oxford-AstraZeneca vs placebo

- Tidak boleh sesuka hati melihat dan bandingkan nombor Pfizer vs Sinovac vs Oxford-AstraZeneca bersebelahan satu sama lain. 

- Kenapa ? Kerana kajian dilakukan di negara berbeza, latar belakang pesakit berbeza, keadaan setempat berbeza. Semua ini perlu diambil kira. 

- Pfizer adalah daripada syarikat persendirian, oleh sebab itu harga mahal berbanding Sinovac & AZ. 


4. " Doktor, ada kesan sampingan ke selepas cucuk ? 

- Ya, kesan sampingan yang biasa dan bersifat sementara. Itu anda perlu jangkakan selepas menerima apa-apa jenis vaksin.

- Contoh kesan sampingan : Demam, sakit badan, sakit kepala, pening, mual atau muntah, cirit-birit, bengkak kelenjar, lemah tidak bermaya, lenguh dan bengkak di tempat cucuk

- Kenapa terjadi ? Anda kena faham bahawa apabila badan kita menerima benda asing dan baru (foreign body), sistem imunisasi akan diaktifkan, lalu menghasilkan gejala-gejala tersebut yang bersifat sementara sahaja. 

- Ikut badan, ada orang baik sahaja. Anda boleh mula merasainya dalam tempoh 24 jam selepas dicucuk, dan paling lama selama seminggu. 

- Jika rasa tidak sihat, boleh ke klinik berdekatan mendapatkan rawatan. 


5. " Saya ada alahan/ allergy kepada seafood/ ubat/ habuk. Boleh ke ambil vaksin ? " 

- Ini bergantung kepada kadar keterukan/ " severity " alahan anda. 

- Doktor akan menilai tahap severity tersebut, sekiranya ia adalah rendah/ mild, anda boleh mendapatkan vaksin dan akan diperhatikan/ observe selama 30 minit selepas dicucuk. 

- Sekiranya sejarah alahan anda adalah teruk, doktor akan merujuk kepada pakar untuk melakukan saringan terlebih dahulu/ " Pre-Vaccination Assessment " sebelum membenarkan anda mendapat vaksin 


6. " Kalau dapat alahan/ allergy nak buat apa ? " 

- Gejala alahan/ allergy adalah seperti naik ruam gatal, kemerahan, muka atau mata atau bibir bengkak, kesukaran bernafas, pengsan

- Sekiranya berlaku selepas anda pulang ke rumah, sila pergi kecemasan segera 


7. " Selepas cucuk ada pantang larang tak doktor ? Boleh tak saya nak jogging ? Boleh tak saya nak mandi ? Boleh tak saya nak minum kopi ? "

- Anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa sahaja. Tiada halangan atau pantang larang. 


8. " Doktor, perlu ke makan Paracetamol (Panadol) sebelum kena cucuk ? " 

-  Tidak perlu menelan Panadol sebelum dicucuk. Paracetamol/ Panadol adalah ubat tahan sakit dan juga ubat demam. Anda boleh ambil apabila gejala demam, sakit itu datang. 


9. " Boleh tak ibu mengandung nak ambil vaksin. " 

- Mengikut garis panduan KKM, vaksin dibenarkan pada usia kandungan 14 minggu hingga 33 minggu

- Anda dinasihatkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan pakar dan doktor sakit puan sebelum menerima vaksin 


10. " Boleh ke ibu menyusu mengambil vaksin " 

- Mengikut garis panduan KKM, ibu menyusu boleh mengambil vaksin, dan adalah dinasihatkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda

- Kajian masih dijalankan dan data menunjukkan ia adalah selamat dan tidak merbahaya kepada anak 


11. " Boleh ke saya yang berpenyakit kencing manis, darah tinggi, asthma, sakit jantung, kanser nak ambil doktor ? "

- Buat masa ini garis panduan untuk setiap vaksin adalah berbeza dan doktor akan melakukan saringan mengikut kesusaian anda

- Anda digalakkan untuk membawa bersama senarai ubat/ buku temu janji/ ubat-ubatan semasa hadir kelak

- Anda juga boleh melakukan saringan sebelum vaksin/ " pre vaccination assessment " bersama pakar/ doktor anda terlebih dahulu 


12. " Saya boleh dapat Covid tak selepas cucuk vaksin ? "

- Ya, anda boleh positif Covid selepas cucuk vaksin

- Vaksin bukan ubat untuk merawat tetapi salah satu cara untuk mencegah

- Sekiranya anda dijangkiti Covid, gejala anda adalah rendah/ mild dan mengurangkan risiko komplikasi besar untuk masuk ke hospital 


13. " Saya pernah positif Covid, boleh ke saya nak cucuk vaksin ? " 

- Ya, boleh. Anda boleh menerima vaksin dalam tempoh 1 bulan - 6 bulan selepas anda positif Covid 


15. " Vaksin semua ni halal tak ? " 

- Mengikut fatwa Majlis Agama Islam Malaysia, ketiga-tiga vaksin yang ada di Malaysia adalah halal tidak mengandungi bahan haram dan terlarang 


16. " Lepas cucuk kena pakai mask lagi ke ? "

- Ya, selepas anda lengkap divaksin dua dos, anda masih perlu memakai penutup muka/ mask, melakukan penjarakan sosial dan mematuhi SOP seperti biasa. 

- Kenapa ? Kerana kita belum capai imuniti kelompok/ " herd immunity " dan virus masih hidup & aktif dikalangan kita 


Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga, jika anda nak cium peluk cucu-cucu, jika anda rindu nak berjalan-jalan travel sana sini, jika rindu nak menunaikan ibadah haji & umrah - ambil vaksin. Vaksin selamat. Vaksin berkesan. 


#kitajaga kita #lindungidirilindungisesama #vaksin

Kredit: WhatsApp

Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments