MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aktiviti Sukan & Rekreasi Yang Dibenarkan Ketika PKP 3.0

 


Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging, berbasikal dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa.



Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model GELEMBUNG SUKAN adalah TERHAD bagi penganjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan mana-mana dengan kebenaran KHAS KBS sahaja TANPA kehadiran penonton.



Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.



Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam MFL menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).



Penyertaan pemain atau peserta atau pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara DENGAN sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).



Sumber: SOP AM Sukan Dan Rekreasi (PKP) Kemaskini 11 Mei 2021



Post a Comment

0 Comments