MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelaksanaan Aktiviti Di Masjid/ Surau Ketika PKPP



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) 16 Mac 2021 lalu di antara isinya:-


Solat terawih dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau dan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Berikut dikongsikan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Di Masjid Dan Surau (Ramadan) Ketika PKPP Covid-19 Bagi Negeri Sabah. Bermula pada 12 April 2021.


AKTIVITI DIBENARKAN


1. Solat Jemaah Lima (5) Waktu Dan Solat Jumaat

Mengikut kapasiti masjid/surau.

penjarakan fizikal 1 meter.


2. Solat Sunat Tarawih Dan Witir

Bilangan rakaat solat sunat terawih di masjid adalah 8 rakaat manakala solat sunat witir 3 rakaat dengan bacaan surah (surah lazim) ayat pendek.


3. Jamuan Berbuka Puasa/ Sahur

12 orang AJK masjid/ surau sahaja


4. Tadaru/ Khatam/ Al-Quran/ Qiamullail/ Iktikaf

12 orang AJK masjid/ surau sahaja


5. Moreh/ Jamuan

Dibenarkan secara berbungkus sahaja


6. Program/ Aktiviti Anjuran Jabatan/ Agensi Agama Negeri

Mematuhi SOP sedia ada


Aktiviti No. 1. Kebenaran aktiviti solat lima (5) waktu dan solat jumaat mengambil kira Maqasid al-Syar'ieyyah dan laporan terkini pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.


Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 



Post a Comment

0 Comments