MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

8 fakta menarik Yusuf Taiyoob

 


Siapa sebenarnya Yusuf Taiyoob?


Datuk Seri Yusuf Taiyoob, 63 tahun anak jati Pulau Pinang juga dikenali sebagai Raja Kurma Malaysia. Setiap tahun sebulan sebelum Ramadhan, kita mesti akan dengar bisikan Yusuf Taiyoob ni, betul tak? 😅


Ini 8 fakta menarik Yusuf Taiyoob:


1. Gagal dalam perniagaan pertama iaitu menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada tahun 1977.


2. Walaupun di usia muda (19), beliau hadapi tekanan sehingga muntah darah akibat dari kegagalan bisnes pertama tersebut.


3. Bangkit semula dengan mengusahakan perniagaan berkaitan kosmetik iaitu Yusuf Cosmetic pada 1979. Tapi hanya bertahan selama 2 tahun.


4. 1988 beliau bangit sekali lagi dengan menubuhkan syarikat gergasi ini yang berdaftar atas nama beliau sendiri; Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.


5. Kini membekal 30 jenis Kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand.


6. Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina adalah berasal dari nama anak-anak beliau.


7. Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS. Siapa yang lalu, mesti tak akan terlepas pandang kilang beliau yang gah ini.


8. Dapat gelaran Datuk pada tahun 2002.


Kesimpulannya, sekali gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. Bangkit, dan terus usaha. Ingat, KEGAGALAN ADALAH PROSES KEJAYAAN.



Kredit: Taqi Amssb

Post a Comment

0 Comments