MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

JAWI Membenarkan Solat Jumaat Ketika PKP 2.0

 


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam perkongsian melalui Twitter rasminya perluasaan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid, surau jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan) bermula 5 Februari 2021 seperti di bawah:-


1.Membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 


2.Jemaah solat fardu lima waktu diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 


3.Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat. 


Semua ketetapan ini berkuatkuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Februari 2021 tertakluk kepada SOP ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Marilah kita semua terus berdoa agar penularan wabak Covid-19 dalam negara segera berakhir.


Sumber: JAWI

Post a Comment

0 Comments