MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PKPD Dilanjutkan Di Lahad Datu, Tawau, Kunak & Semporna

 

 



Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Lahad Datu, Tawau, Kunak & Semporna yang dijadualkan akan berakhir pada 12 Oktober 2020 dilanjutkan. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lahad Datu, Tawau, Kunak & Semporna dilanjutkan bermula jam 12.01 tengah malam 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

Di Daerah Semporna melibatkan 6 lokaliti  iaitu:-

  1. Kampung Bangau-Bangau
  2. Kampung Panji
  3. Kampung Air
  4. Kampung Selamat
  5. Kampung Simunul
  6. Kampung Pinggir Bakau

Di Daerah Kunak 

  1. Kampung Pangkalan 

Di daerah Semporna 6 lokaliti dan daerah Kunak 1 lokaliti berkuatkuasa 11 Oktober sehingga 24 Oktober 2020.

PKPD di Penjara Tawau dan kuarters Penjara Taman Ehsan yang dijadualkan akan berakhir pada 09 Oktober 2020 dilanjutkan bermula 10 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.


Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

 

• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.


• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

 

• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM

 

• Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.


• Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

 

• Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.

 

• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.


• Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.


•PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang MKN.


Penganjuran Majlis Perkahwinan di Kawasan PKPDB

 

•Sidang khas telah bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan dengan menepati setiap SOP yang telahpun diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.


•Bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan ianya perlu dilakukan dengan pengawasan  anggota RELA dan jika diadakan di hotel ianya perlu dengan pengawasan daripada pihak pengurusan hotel.


•Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (2 anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan ( 3 anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (4 anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.


•Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui Sekatan Jalan Raya yang diadakan.


Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Post a Comment

0 Comments