MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Meninggal Ketika Sedang Membaca Al-Quran

 


KEMATIAN YANG DICEMBURUI


Sheikh Hajji Ali Shalfaq merupakan guru Al-Quran di sebuah wilayah di Turki. Ribuan penghafal Al-Quran telah dilahirkan di tangan beliau dan beliau terus berkhidmat dengan Al-Quran walaupun sudah berusia hampir 100 tahun.


Hari ini ketika sedang membaca Al-Quran beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir.


Subhanallah.. Kematiannya sungguh mulia. Meninggal pada bulan Ramadhan yang barakah, pada hari Jumaat yang barakah, ketika membaca kitab al-Quran yang Mulia.


Benarlah kata kata, "sesiapa yang hidup di atas sesuatu perkara maka dia akan mati di atas perkara tersebut."


Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di syurgaNya yang tertinggi.


Semoga kematiannya ini dapat menjadikan pengajaran dan motivasi buat kita untuk memperbaiki amalan dan hidup kita untuk sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan perkara dosa dan maksiat.


Kerana cara kita mati ditentukan bagaimana kita hidup.


Sumber : page سواعد الإخاء.

Post a Comment

0 Comments