MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

 


Biodata

Nama Penuh : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Isteri:  Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali (berkahwin pada 5 Ogos 1956)

Nama Bapa/Ayah: Mohamad bin Iskandar

Nama Ibu: Wan Tempawan binti Wan Hanafi.

Tarikh Lahir (dalam Surat Beranak): 20 Disember 1925

Tarikh Lahir Sebenar: 10 Julai 1925

Tempat Lahir : No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah

Adik Beradik; Anak ke-9 (bongsu) daripada 9 orang adik beradik (4 Perempuan & 5 Lelaki)

Anak : Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga dikenali sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia"

 

Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' (Wan Mohamad Saman Canal atau Sungai Korok).

Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, yang mana ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan diri sebagai Melayu yang tulen.

 

Pendidikan

Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Sekolah Inggeris Alor Setar - Government English School (GES), yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. 

Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura 1947 mendapat biasiswa kerajaan. Pada tahun 1952, beliau telah memperolehi/dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).

Pada tahun 1953. Semasa dalam pembelajaran aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali The Straits Times) di bawah nama penanya, C.H.E Det (Det adalah nama keluarga beliau). Penulisannya menyelami masalah-masalah orang Melayu.

 

 Kerjaya

Pada tahun 1953 sesetengah pendapat 1954 sehingga 1956, Tun Dr Mahathir lulus sebagai doktor dan berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi.

Tun Dr Mahathir meninggalkan perkhidmatan kerajaan pada 1957 untuk menubuhkan kliniknya sendiri, Klinik MAHA, yang merupakan klinik yang pertama yang diusahakan oleh seorang anak Melayu di Malaysia bertempat di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar

 

Kerjaya Politik

Segalanya berlaku ketika beliau menunggu keputusan peperiksaan Cambridge pada 1945. Pada ketika itu, beliau memulakan penglibatannya di dalam bidang politik bersama rakan-rakan yang lain. Dengan dorongan semangat yang tinggi, beliau dengan beraninya menentang Malayan Union dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada 1946, beliau aktif di dalam SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Ertinya Redha Korban Apa Segalanya). Apabila Kongres SeMalaya diadakan pada tahun itu, beliau telah turut sama dalam peristiwa bersejarah tersebut dan beliau merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres pertama membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.

 

Bertanding dan memenangi kerusi Kota Setar pada PRU 1964.

Pada 1965, beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pada PRU 1969, Dr Mahathir bertanding PRU, tetapi ditewaskan oleh wakil PAS.

Berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathir menulis satu surat yang pedas kepada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, mengkritik beliau kerana pendekatan ekonominya yang lembut atau ‘laissez-faire’ didakwa mengetepikan orang Melayu daripada menikmati hasil pembangunan negara disebabkan dominasi kaum Cina.

Oleh kerana surat itu, beliau dipecat daripada UMNO dan sewaktu dalam “belantara politik”, Dr Mahathir meneruskan amalan perubatan beliau di bidang swasta dan pemikirannya mengenai nasib orang Melayu ditulis ke dalam buku “Dilema Melayu”.

Buku ini diterbitkan di Singapura dan dilarang masuk oleh kerajaan ke Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada September 1970 dan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih.

Pada 1972, permohonan Dr Mahathir untuk menyertai semula UMNO telah diterima dan beliau dilantik sebagai Senator pada 1973 serta ahli mahkamah universiti dan Majlis Universiti Malaya.

Pada tahun berikutnya, beliau memenangi kerusi Kubang Pasu tanpa bertanding pada PRU tahun berkenaan sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan menutup Klinik Maha di Alor Setar.

Pada 1976, Dr Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, beliau mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri di mana beliau memimpin beberapa misi mempromosi pelaburan.

Pada 1981, setelah Tun Hussein Onn meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga atas sebab kesihatan, Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri keempat Malaysia.

Di bawah kepemimpinannya, Malaysia berubah dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

Dr Mahathir melancarkan kempen Bersih, Cekap & Amanah (Bersih, Cekap & Dipercayai) untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan kecekapan dan memupuk kepercayaan dalam perkhidmatan awam.

Beliau juga memperkenalkan sistem “punch card” untuk kakitangan kerajaan dan mengarahkan penjawat awam menggunakan lencana nama.

Dalam usaha memajukan Malaysia, Dr Mahathir menubuhkan sebuah syarikat kereta kebangsaan, PROTON dan pada 1982, syarikat itu mengeluarkan kereta buatan Malaysia yang pertama, iaitu Proton Saga.

Beliau juga memperkenalkan konsep “Malaysia Incorporated”, iaitu perkongsian rapat antara kerajaan dan sektor swasta.

Dr Mahathir juga menyatakan hasrat beliau untuk Malaysia melalui Wawasan 2020, iaitu visi negara untuk mencapai status ekonomi maju pada 2020, bukan hanya dari segi pertumbuhan ekonomi, tetapi juga dari segi pendidikan, kematangan masyarakat dan tadbir urus.

Setelah mengetuai BN mencapai kejayaan pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada 2016, Dr Mahathir keluar daripada UMNO sebagai protes terhadap kepemimpinan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menubuhkan parti politik baharu, BERSATU.

Pada 2017, pada usia 92 tahun, beliau kembali memasuki arena politik, kali ini sebagai pemimpin barisan pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Pada 2018, dalam satu kejutan politik, gabungan politik berkenaan memenangi PRU ke-14. Pada usia 93 tahun, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

 

Menjawat Jawatan Sebagai Perdana Menteri Malaysia:

Perdana Menteri Malaysia ke-4 (usia 56)  pada 16 Julai 1981 -31 Oktober 2003) - 22 tahun

Perdana Menteri Malaysia ke-7 (usia 92) pada 10 Mei 2018 - 24 Februari 2020) - hampir 2 tahun

Perdana Menteri Interim 24 Februari 2020 - 29 Februari 2020

Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Malah selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan juga, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.

 

Jawatan Menteri yang pernah disandang oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Menteri Pelajaran Malaysia: 6 Oktober 1974 - 1978

Menteri Perdagangan dan Industri: 1 Januari 1978 - 1981


Projek - Projek Mega

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya:-

1. Jambatan Pulau Pinang

2. Menara Berkembar Petronas

3.Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

4. Koridor Raya Multimedia (MSC)

5. Pusat Pentadbiran Putrajaya

6. Litar Antarabangsa Sepang.

 

Anugerah Pencapaian

Mei 2023: Pencapaian Sepanjang Hayat Bagi Anugerah Maritim dan Aeroangkasa Global IBR 2023.


Anugerah/Pingat

DK I (Johor); DK (Kedah); DK (Perlis); DKNS (NS); DUK (Kedah); SMN; SPMJ (Johor); SPCM (Perak); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSMT (Terengganu); SPNS (NS); DUPN (PP); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); SBS (Sarawak); SUMW (WP); DP (Sarawak); PIS (I) (Johor); PPM (Perak); AP

 

Sumber : Internet, UMNO Online, Berita harian, Wikipedia & Lelayang Merah

Post a Comment

0 Comments