MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae’ Yaakob - Solat Jenazah

 


Hujan renyai kemudiannya lebat yang turun membasahi bumi Parit Panjang, Baling serengak keranda Allahyarham diusung keluar dari Masjid Az-Zuhdi seolah menangisi pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae’ Yaakob.




Solat jenazah sebelum zohor dilangsungkan di madrasahnya, diikuti tiga kali lagi solat jenazah di masjid berkenaan memandangkan kehadiran yang ramai dan mematuhi SOP.



Allahyarham Tuan Guru menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi setelah dirawat di hospital Sungai Petani.



Allahyarham menjadi rujukan oleh para asatizah terutama dalam ilmu tasawwuf. dan beliau seorag yg zuhud dan tawodok.



Semasa hayat Tuan Guru, Allahyarham berkecimpung dan pernah berkhidmat dan memegang jawatan:-


- Selaku Mudir di Madrasah Zuhdiah Tuan Guru Haji Rifaee.

- Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019. Jabatan Mufti Negeri Kedah.

- Sebagi Mustasyar Nahdhatul Ulama Malaysia - NA'AM. Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official.

- lain²


Turut hadir Mensolatkan jenazah Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor Muhammad Sanusi Md Nor yang bergegas pulang dari Ipoh,. Jenazah Allahyarham Tuan Guru disolatkan dan diimamkan Ustaz Ismail Mahmud Bandar Hilir.



Pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negeri, negara dan pencinta ulama..


Sirril Fatihah... 😭❤️


Al- Fatihah Buat Tuan Guru Haji Muhammad Rifae' Yaakob


Kredit Facebook : Nahdhatul Ulama Malaysia


Post a Comment

0 Comments