MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Yang Diajarkan Rasulullah SAW Berkaitan Bulan Safar

 


Bulan Safar adalah antara bulan kedua mengikut kiraan hijrah selepas bulan Muharram. Adapun hadith yang disebut adalah satu tegahan keras dari Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam bagi orang islam untuk mengikut perbuatan orang Arab Jahiliyyah yang terlalu bergantung kehidupan mereka kepada menilik nasib atau meramal sesuatu berdasarkan kejadian. 

Hendaklah kita sebagai orang islam yang beriman kepada Qada’ dan Qadar untuk mempercayai bahawa setiap sesuatu yang terjadi adalah terjadi mengikut kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bukannya berdasarkan keadaan atau kejadian. Jadinya, sebagai seorang islam hendaklah mempercayai bahawa Allah Ta’ala adalah penentu segala-galanya. Oleh itu, orang yang beriman, hendaklah membanyakkan amalan, samada yang fardhu atau sunat, untuk meraih ganjaran pahala dan mencari redha Allah dan menjauhi segala perbuatan yang yg bid’ah dan khurafat yang ditegah oleh agama Islam.


kridet : Darussalam Holdings

Post a Comment

0 Comments