MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Surau Langgar Rindu Senibinanya Memukau Mata Memandang



Surau Langgar Rindu, Rhu Tapai Kuala Terengganu, Terengganu yang dibina oleh Hj. Abdul Karim Embong dengan tulang empat keratnya mempamerkan senibina yang sangat menakjubkan.

Surau unik yang diberi nama “Langgar Rindu” bukan sahaja mempunyai seni binaan unik tetapi juga mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri yang melambangkan kesungguhan dan keikhlasan.




Jika dilihat hasil senibina surau ini bahan utama pembinaanya berasaskan daripada kayu tembesu dan kayu cengal sepenuhnya dan mempunyai ruang-ruang udara bagi membolehkan udara keluar dan masuk dari setiap ruang memberikan keselesaan untuk beribadat pada setiap waktu.


Pada tahun 2019 tular video di media sosial berkenaan senibina surau ini, sehinggakan ramai pelancong muslim dan bukan muslim dari luar negara datang untuk melihat dengan mata sendiri dan merasai keunikan senibina 

Menceritakan permulaan dan motif pembinaan “Langgar Rindu”, Abdul Karim berkata ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNYA dan “Langgar Rindu” juga adalah satu persembahan puisi nyata bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT.


Beliau yang juga seorang penyair dengan nama pena Arif Karimi, memaklumkan memulakan pembinaan “Langgar Rindu” sejak Julai tahun lalu (2019) berseorangan  dengan menggunakan tulang empat keratnya tanpa sebarang pelan pembinaan.


Kridet : drzulkifli.albakri (Instagram), @drzul_albakri & www.freemalaysiatoday.com


Post a Comment

0 Comments