MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Rayu Jangan Salahkan Tabligh


Janganlah persalahkan jemaah tabligh. Janganlah diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah stigmakan jemaah tabligh. Apa yang penting adalah kita bantu mengesan  dan merawat jangkitan Covid-19 - KP Kesihatan Malaysia 

Bukan kehendak mereka (Jemaah Tabligh) untuk dijangkiti virus ini. Ketika mereka berada pada ujian yang tertinggi dikeji, dihina dan ditambah sahabat mereka yang syahid kerana COVID-19. Majoriti mereka masih mempunyai sikap bertanggungjawab di dalam aktiviti kawalan COVID-19.

Kita berterima kasih kepada Jemaah Tabligh yang telah menyaring dan kuarantin di hospital semata-mata untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia.

Kami (rakyat Malaysia) harap anda semua terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Ya Allah,  tinggikanlah darjat  mereka di sisi-Mu..Aamiin. Ya Rab...

Sumber :Publichealthmalaysia



Post a Comment

0 Comments