MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan KKM, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan. 


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan telah bersetuju meningkatkan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid-19. 


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, Angkatan Pertahanan Awam serta RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PKP . 





MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan memberi bantuan prihatin tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam PTPK mulai 1 Apr 2020 hingga 30 Sept 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Manfaat bayaran penggantian pendapatan untuk tempoh maksimum 14 hari kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh Apr hingga Dis 2020.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan turut prihatin terhadap keperitan yang dihadapi oleh golongan B40 di kawasan bandar terutamanya mereka yang menghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Bagi unit sewa untuk milik (RTO), penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula Apr hingga Sept 2020 dengan jumlah RM5.7 juta.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan bersetuju supaya pengecualian sewaan selama enam bulan terhadap semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600kW sebulan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.



MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.




MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi. Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi tujuan Dana Jaminan Makanan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan juga akan menyediakan dana khas kepada setiap PPK & PNK yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 - 6 bulan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi mengekalkan pekerja agar tidak diberhentikan majikan.


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta .


MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor terlibat dengan kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan & bekalan makanan bermasak di agensi kerajaan


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan menambah dana Tabung Bantuan Kemudahan Khas (Special Relief Facility atau SRF) untuk PKS.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan meningkatkan saiz dana bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (All Economic Sector Facility) bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan Menyediakan dana tambahan di bawah Skim Kredit Mikro bagi pembiayaan mudah.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

PKS juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman akan dibantu.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan (Employer Advisory Services atau EAS) pada 15 April 2020.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Pembayaran levi HRDF bagi semua sektor dikecualikan untuk tempoh 6 bulan mulai April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan RM440 juta.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kira-kira 750 ribu PKS.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan.



MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman kepada PKS oleh mana-mana agensi kerajaan mulai 1 April 2020.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.


MATLAMAT 2 - SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan bagi sektor korporat. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin.

.

MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.


MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.


MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Pakej PRIHATIN ini merupakan manifestasi Kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Jemaah Menteri menzahirkan keprihatinan terhadap keperitan rakyat dalam menghadapi suasana yang sangat mencabar ini.


MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.

Langkah penjimatan akan diambil bagi menampung perbelanjaan menangani wabak virus ini.

#prihatinrakyat


Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)



Post a Comment

0 Comments