MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Berpuasa Isnin & Khamis


Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan. Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.

Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat. Disamping  dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

(Sumber: Kitab Riyadhus Salihin)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; 

"Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"

(Riwayat At-Tirmizi)

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab;  

"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

"Dibentangkan semua amalan dihadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang bepuasa"
 
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;  

"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis"
 
(Riwayat Imam Tarmizi)

  
Kelebihan Puasa Isnin Dan Khamis

Ada banyak kelebihan melakukan amalan puasa pada hari Isnin dan Khamis, diantaranya adalah:

  • Isnin dan Khamis merupakan hari amalan manusia diperiksa
  • Ia adalah sunnah Nabi Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti mendapat ganjaran yang besar.
  • Terbukanya pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis.  "Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, maka akan diampunkan semua hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa, kecuali seseorang yang diantaranya berlaku permusuhan. Lalu dikatakan "Tiadalah pengampunan terhadap kedua-duanya orang ini hingga mereka berdamai" (Hadis Riwayat Muslim)
  • "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda baginda Rasullah SAW lagi : "Perut besar itu adalah sarang penyakit & banyak makan itu adalah punca segala penyakit".
  • Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia nikmat Allah yang tidak terhingga.
  • Mendidik nafsu amarah (yang lebih banyak mengajak kearah keburukkan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah & seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah ALLAH SWT.
  • Melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki & lain-lain lagi.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
  • Memperolehi kecergasan akal & fikiran sebagai disebut dalam satu riwayat maksudnya : "Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikiranya & teranglah hatinya".

Niat puasa isnin dan khamis adalah seperti dibawah;


نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Yaumal Itsnaini Sunnatan Lillahi Taa’ala

Sahaja saya berniat puasa hari isnin, sunnah kerana Allah ta’ala. 


نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Yaumal khomiisi Sunnatan Lillahi Taa’ala

Sahaja saya berniat puasa hari Khamis, sunnah kerana Allah ta’ala.


Semoga perkongsian di atas bermanfat bagi kita semua terutamanya mereka yang ingin dan telah melaksanakan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis.

 Sumber : JAKIM dan Internet


Post a Comment

0 Comments