MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysi (STAM) Tahun 2019


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysi (STAM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Rabu, 22 Januari 2020.

Calon boleh mendapatkan keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan STAM juga boleh dilakukan melalui mySMS 1588 dengan menaip STAM AngkaGiliran dan SMS ke 1588. Perkhidmatan ini mula diaktifkan pada 10.00 pagi 22 Januari 2020 sehingga 6.00 petang 28 Januari 2020.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.


Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Post a Comment

0 Comments