MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PLUS Malaysia Berhad Kekal Milik Khazanah Nasional Dan KWSP


Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya mengeluarkan Kenyataan Akhbar hari ini 17 Januari 2020 bahawa PLUS Malaysia Berhad Kekal Milik Khazanah Nasional Dan KWSP.

Dalam kenyataan tersebut kerajaan Malaysia akan melaksanakan pengurangan 18 % ke atas kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuhraya milik PLUS bermula seawal 1 Februari 2020.

Tempoh konsesi semua lebuhraya PLUS dilanjutkan selama 20 tahun dari 2038 ke 2058 bagi memastikan PLUS mampu menjalankan kegiatan penyelenggaraan dan operasi lebuhraya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) kekal sebagai pemegang saham PLUS.

Sumber :  Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya

Post a Comment

0 Comments