MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Industri Francais Dilandasan Yang Memberangsangkan Di Malaysia


Alhamdulillah. Pada tahun lepas, pendaftaran Francais telah meningkat lebih 8 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 292 Francais telah berjaya didaftar pada 2019 berbanding 40 pada 2018, 35 pada 2017, 32 pada 2016 dan 48 pada 2015. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Saifuddin Nasution.


Kejayaan ini berkat usaha Kementerian menambahbaik pengurusan sektor Francais, melakukan perubahan kepada Akta Francais 1998 dan menganjurkan pelbagai ekspo Francais bagi mempertemukan pengamal industri Francais dengan pelabur. Katanya lagi. 


Pada 2019, Kementerian telah mengetuai 8 misi perdagangan antarabangsa yang telah menjana 1,083 perjanjian perniagaan yang bernilai RM 774.88 juta dengan RM 23.19 juta pelaburan yang direalisasi setakat 31 Disember 2019.

Kementerian juga telah menganjurkan 3 ekspo Francais pada 2019 di Johor, Pulau Pinang dan Sabah yang telah disertai oleh 63 syarikat dan menjana potensi pelaburan sebanyak RM 41.28 juta. 


2019 bukan saja tahun yg berjaya bagi Kementerian, tetapi juga untuk beberapa pemain Francais tempatan seperti Marry Brown yang berjaya memperkembangkan perniagaan mereka ke Sweden dan Global Art yang berjaya mendapat Francaisee dari Morocco. 

Dalam mengorak langkah ke hadapan, Kementerian akan merangka “Franchaise Industry Blueprint 2021-2015”, mewujudkan sistem penilaian Francais, menambahbaik sistem pendaftaran Francais & membangunkan sistem bagi bantu pengamal Francais bertemu dengan pelabur.

Semoga berkat usaha bersama, sektor Francais akan bertambah rancak bagi pembangunan ekonomi domestik yang mampan, mencipta peluang pekerjaan serta menarik pelaburan ke Malaysia. 

Sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution 

Post a Comment

0 Comments