MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Sah Haji & Umrah




Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:-

1.  Orang Islam

 Tidak wajib atas orang kafir dan murtad

2. Baligh

Tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan 
tidak gugur wajibnya bila baligh

3. Berakal 

Tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, 
tidak sah hajinya

4. Merdeka (bukan hamba)

Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya
dan diberi pahala

5. Berkuasa & Kemampuan (istito’ah) 

Konsep Istito’ah diterangkan seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"

(Surah Ali Imran ayat 97)

Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"

(Riwayat- Daruqutni)

" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:

" Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".

(Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi)


Istito’ah (Kemampuan untuk menunaikan haji)




1.Kesihatan yang baik

Haji boleh diwakilkan kepada orang lain jika sebab tua/kesihatan dan fizikal yang tidak mengizinkan/tiada harapan sembuh

2. Kewangan mencukupi

Termasuk perbelanjaan tambang/ bekalan/ tempat tinggal/ keperluan semasa di Tanh Suci dan keperluan waris yang ditinggalkan di Tanah Air

3. Kebenaran pihak Arab Saudi (Tempat menunaikan haji)

Surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji atau pihak berwajib sesebuah negara/Kuota /visa haji

4. Mahram (Di iringi oleh suami/ adik-beradik/ ayah/ muhrim)

Syarat yang ditetapkan bagi Jemaah wanita berusia bawah 45 tahun

5. Kenderaan pergi dan balik

Mempunyai kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci dan ke Tanah Air

6. Aman dalam perjalanan  

Tidak merasa bimbang tetang keselamatan nyawa/harta benda/wabak penyakit sewaktu bermusafir

Nyatalah bahawa erti Istito’ah merangkumi banyak aspek dalam menunaikan ibadat fardhu haji dan umrah bertujuan untuk memudahkan dan menjaga kehidupan dan mengelak fitnah. 

Islam itu syumul dan mudah tidak memberatkan kepada penganutnya. Semoga mereka yang perhi menunaikan haji dan umrah beroleh haji dan umrah yang mabrur dan di terima Allah swt. Aamiin

Sumber : Tabung Haji & portal mufti melaka

Post a Comment

0 Comments