MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengajaran Dari Berlakunya Gerhana Matahari/Bulan


Kejadian Gerhana Matahari Anulus (cincin) yang berlaku 26 Disember 2016 baru - baru ini, bagi mereka yang beriman kepadaAllah swt past mengambil pengajaran dari kejadian alam semesta.

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu dua tanda dari tanda kekuasaan Allah. Tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kehidupansesiapa, namun ia sebagai peringatan dari Allah untuk menggentarkan hamba-Nya"

(Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari)

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana kejadian gerhana merupakan peringatan yang sepatutnya menggentarkan hati kita, sedangkan ia merrupakan proses normal alam yang sering berlaku sejak dahulu dan telah dijangka waktunya oleh pakar angkasa?

1. Gerhana merupakan salah satu petanda wujudnya Tuhan yang mentadbir alam semesta. Dalam al-Quran Allah kerap menyuruh kita merenung kejadian alam semesta sebagai petanda kebenaran Allah dan al-Quran.

" Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang trbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar"

(al-Quran Surah Fussilat : 53)

2. Alam semesta ini dari sebesar-besar galaksi sehingga sehalus tiupan angin semuanya berjalan mengikut aturan dan kitaran tertentu. Matahari dan bumi yang berpusing mengikut paksinya secara laju ini juga tidak terasa pergerakannyawalaupun kadar kelajuan bumi mengelilingi matahari sepantas 107,200 km/jam dan matahari pula bergerak sepantas kira-kira 720,000 km/jam.

"Matahari itu beredar ke tempat yang ditetapkan baginya..Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya berenang pada orbit masing-masing"

(al-Quran Surah Yasin ; 38-40)

3. Adakah kita merasakan bahawa peredaran berbilion bintang dan galaksi ini berlaku secara semula jadi tanpa ada Yang Maha Kuasa mengaturnya?

Bagaimana galaksi dan bintang terlalu banyak ini "berlari laju" tanpa ada pertembungan , pintasan, kegelinciran? sudah pastinya Allah Yang Maha Kuasa mengatur perjalanan makhluk - makhluk-Nya.


Sumber: ceramahustazah


Post a Comment

0 Comments