MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Pelancaran APEC 2020


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Majlis Pelancaran APEC 2020 di Cyberjaya hari ini 4 Disember 2019. kali ini APEC 2020 bertemakan "Mengoptimumkan Potensi Insan ke Arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran".


Perdana Menteri turut menyatakan kepentingan APEC kepada Malaysia kerana rantau ini menyumbang lebih daripada 80% kepada jumlah perdangangan negara dan lebih daripada 70% melalui Pelaburan Asing Langsung (FDI) dalam sektor pembuatan.


APEC yang terdiri daripada 21 negara keahlian termasuk Malaysia, merupakan forum ekonomi serantau yang diasaskan pada tahun 1989 untuk meningkatkan kesalingbergantungan di Asia Pasifik dan bertujuan mewujudkan kemakmuran yang lebih luas dengan mempromosikan pertumbuhan yang seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan terjamin serta mempercepatkan integrasi ekonomi serantau.

Sumber : meamalaysia & Chedet Official 

Post a Comment

0 Comments