MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dana Khas Bank Negara Malaysia Untuk Pembelian Rumah Mampu Milik




Bermula  2  Januari  2019,  rakyat  Malaysia  yang  berkelayakan  boleh  memohon  Dana  Rumah  Mampu  Milik  Bank  Negara  Malaysia  (BNM)  yang  ditubuhkan  khas  bagi  membiayai  pembelian  rumah  pertama.Dana  sebanyak  RM1  bilion  ini  diumumkan  selepas  pembentangan  Belanjawan  2019  yang  lalu.  Di  bawah  dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian. 

Dana ini sah selama dua tahun, bermula bermula 2 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020, atau sehingga dana berjumlah RM1  bilion  tersebut  habis  digunakan,  yang  mana  lebih  awal.Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan  lebih  ramai  individu  yang  berkelayakan  boleh memohon dana ini memandangkan had kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah telah dinaikkan ke RM4,360 berbanding RM2,300 sebelum ini.Malah  had  harga  maksimum  rumah  layak  dibiayai  turut  dinaikkan ke RM300,000 berbanding RM150,000 sebelum ini, sejajar dengan definisi harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh Dasar Perumahan Mampu Milik Negara. 

Penambahbaikan  kepada  kriteria  kelayakan  dan  ciri-ciri  Dana Rumah Mampu Milik tersebut telah berkuat kuasa pada 1 September 2019. Kriteria dan Ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:


  • Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360;

  • Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga RM300, 000

  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun; dan

  • Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank,  Bank  Simpanan  Nasional,  CIMB  Bank,  Maybank dan RHB Bank.


Tempoh  pembiayaan  adalah  sehingga  40  tahun  atau  sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah.Bagi  membantu  pembeli  rumah  kali  pertama  yang  memohon  pembiayaan  di  bawah  dana  ini,  modul  pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah telah disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). 

Orang ramai boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut.Pelancaran dana telah dilengkapi dengan pelbagai langkah untuk  membantu  pembeli  rumah  yang  pendapatan  bulanan mereka adalah sebanyak RM4,360 dan ke bawah untuk  membeli  rumah  pertama  mereka  yang  berharga  sehingga RM300,000.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk pembiayaan rumah yang layak daripada semua  institusi  kewangan  ini  adalah  bertujuan  untuk  mengurangkan  kos  sampingan pemilikan rumah bagi peminjam yang berkelayakan. Langkah-langkah tersebut seperti pengecualian duti setem, kadar yang berpatutan untuk jumlah perlindungan gadai janji dan pelepasan yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan pembiayaan.Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti yang tertera di bawah:


  • AmBank (M) Berhad (AmBank) – 03-2178 8888

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) – 1-300 88 1900

  • CIMB Bank Berhad (CIMB) – 03-6204 7788

  • Malayan Banking Berhad (Maybank) – 1-300 88 6688

  • RHB Bank Berhad (RHB) – 03-9206 8118(Semenanjung Malaysia)


Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK) atau layari http://www.bnm.gov.my

Sumber: www.bnm.gov.my

Post a Comment

0 Comments