MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Menyelamatkan Harimau Malaya


Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia berhasrat meminda 2 akta bagi memperkasa bidang kuasa kementeriannya serta menggandakan hukuman kepada pesalah pemburu haram di Malaysia.

Dua (2) akta tersebut adalah :-
  1. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
  2. Akta Perhutanan Negara 1984

Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia Dato Dr Xavier Jayakumar memaklumkan bahawa kedua-dua akta di atas akan di bentangkan di Parlimen pada Mac 2020 tahun hadapan.

Perbincangan bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah dibuat bagi kerjasama melindungi spesis terancam menerusi siri pemantauan di dalam hutan. 

Spesis Harimau Malaya di antara spesis yang terancam hingga hari ini,  bilangannya dianggarkan kurang daripada 200 ekor yang berada di hutan Malaysia, sekiranya pemuliharaan spesis ini tidak dibuat akan mengakibatkan kepupusan 10 tahun dari sekarang.

Pihak kerajaan Malaysia mengambil berat perkara ini dan melancarkan kempen "Selamatkan Harimau Malaya" kempen ini bertujuan menyelamatkan dan memulihara alam sekitar dan populasi Harimau Malaya agar ianya wujud generasi demi generasi.

Diperingkat global usaha untuk menyelamatkan dan memulihara Harimau Malaya juga aktif dilaksanakan melalui World  Wide Fun for Nature (WWF).

 WWF-Malaysia 

Ditubuhkan pada 13 Januari 1972, pada permulaannya memfokuskan kepada pemuliharaan hidupan liar seperti menyelamatkan spesis terancam diantaranya Harimau dan Penyu dan kini diluaskan kepada marin dan pemuliharaan hutan, sungai dan lautan.

Sumber: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia dan WWF 

Post a Comment

0 Comments