MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Deklarasi Keluarga Malaysia


Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan Deklarasi Keluarga Malaysia (DKM) yang akan dirangka oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitu Menterinya sendiri adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengharapkan kerjasama dan sokongan semua pihak, sama ada agensi kerajaan. pihak swasta, Bdan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti, dan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mendukung prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Deklarasi keluarga Malaysia ini.

Prinsip-prinsip Deklarasi Keluarga Malaysia ini mestilah diterjemahkan oleh semua pihak dalam bentuk komitmen kepada setiap perancangan dan pelaksanaan apa-apa jua tindakan.


Deklarasi Keluarga Malaysia menggariskan enam prinsip teras iaitu:-
  1. Memartabatkan institusi keluarga yang terdiri daripada kepelbagaian generasi sebagai asas pembentukan negara yang sejahtera. 
  2. Memperkukuh peranan keluarga dalam pembentukan nilai murni sebagai asas perpaduan masyarakat.
  3. Memperkasa penglibatan masyarakat dalam pengukuhan sistem sokongan keluarga sejahtera.
  4. Menekankan kepentingan melindungi hak dan keselamatan keluarga dalam segenap lapisan masyarakat.
  5. Mendukung segala inisiatif dan menggembleng segala sumber untuk meningkatkan pengukuhan institusi perkahwinan dan keluarga 
  6. Menyokong usaha memanfaatkan penggunaan teknologi secara bijaksana bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan keluarga.
"Keutamaan mestilah diberikan terhadap khidmat sokongan kepada keluarga yang memerlukan perhatian seperti ibu tunggal, bapa tunggal, keluarga miskin tegar, keluarga mudah terancam, keluarga anak istimewa dan keluarga kurang upaya," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: IGdrwanazizah & Akbar tempatan

Post a Comment

0 Comments