MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lazio Juara Coppa Italia


ROME: Lazio merangkul Coppa Italia buat kali ketujuh awal pagi tadi selepas gol lewat Sergej Milinkovic-Savic dan Joaquin Correa membantu mereka menang 2-0 di final mengatasi Atalanta pada malam di Rome yang dibayangi keganasan.

Tandukan baik Milinkovic-Savic membawa Lazio di depan pada minit kelapan di Stadio Olimpico, sejurus masuk selaku pemain simpanan sebelum Correa mengesahkan kejuaraan pada penghujung permainan.

Kejayaan itu memberikan Lazio tiket ke Liga Europa musim depan, sesuatu yang amat diperlukan skuad kendalian Simone Inzaghi ketika mereka berkedudukan kelapan Serie A, empat mata di belakang kelayakan ke Eropah berbaki dua perlawanan.

“Kami memang mahukan piala ini,” kata Inzaghi.

“Ia kepuasan yang hebat, kami berhak mendapatnya kerana sudah melalui perjalanan yang jauh.”

Bagaimanapun kemenangan pasukan itu dicemari pergaduhan di luar stadium antara penyokong tegar Lazio dan polis sebelum perlawanan.

Penyokong membaling objek kepada polis dan kereta polis dibakar dekat jambatan Ponte Milvio, tidak jauh dari Stadio Olimpico. - AFP

Tahniah di ucapkan kepada Kelab Bola Sepak Lazio atas kejuaraan yang diperolehi.

Baca juga : Manchester City Juara EPL

Post a Comment

0 Comments