MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Reformasi Tadbir Urus FELDA 2019


Kertas Putih FELDA yang dibentangkan di Parlimen hari ini (10 April 2019) turut menyenaraikan beberapa langkah penambahbaikan tadbir urus untuk meningkatkan akauntabiliti, integriti serta profesionalisme pada FELDA serta anak-anak syarikat dan sekutunya termasuk FGV dan FIC.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih bertema Ke Arah Kelestarian FELDA berkata, FELDA perlu melaksana reformasi tadbir urus dalam mengembalikan agensi itu ke kedudukan tersohornya.

Berikut adalah inti pati tujuh langkah penambahbaikan tadbir urus yang disenaraikan dalam kertas putih tersebut.

i.     Memastikan lantikan pengerusi FELDA, FGV dan FIC dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik;

ii.   Memastikan pengasingan tugas urus tadbir antara jawatan Pengerusi FELDA dengan jawatan pengerusi anak-anak syarikat FELDA untuk mengelakkan konflik kepentingan dalam keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah setiap syarikat;

iii. Melaksanakan audit pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia yang optimum serta berintegriti;

iv.    Menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor Laporan Audit Forensik yang telah dijalankan;

v.    Mengambil tindakan tegas ke atas pegawai dan anggota pengurusan FELDA yang terlibat dengan isu penyelewengan dan kecuaian;

vi.   Menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan akauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran FELDA; dan

vii. Mengkaji pindaan akta/ peraturan yang berkaitan selaras dengan model FELDA baharu. Menambah Baik Struktur Pengurusan

Sementara itu, FELDA juga akan melaksanakan strategi merealisasi inisiatif amalan pengurusan yang kejat, iaitu kawalan saiz (right-sizing), pertindihan fungsi jabatan dan syarikat (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing) dan perekayasaan proses kerja (business process reengineering).

Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments