MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mohamed Salah Antara 100 Orang Berpengaruh 2019


Mohamed Salah, berumur 26 tahun pemain bola sepak negara Mesir, juga pemain Liverpool (EPL) , tersenarai sebagai diantara 100 manusia paling berpengaruh di dunia tahun 2019 oleh Majalah Time.
Penyerang warga Mesir, yang juga seorang Muslim itu turut menjadi antara enam wajah kulit muka majalah terbabit sempat berkongsi pandangannya mengenai isu kesamarataan wanita.
Mohamed Salah juga berkongsi pandangannya pada Majalah Time berbunyi “Kita perlu mengubah cara kita melayan wanita dalam budaya kita. Itu saja caranya, ia bukan satu pilihan,”.

Mohamed Salah menyatakan sokongannya kepada kaum wanita, kerana mereka kaum wanita layak menerima lebih daripada apa yang diberikan kepada mereka ketika ini.”
Anugerah yang dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk perintis, artis, pemimpin dan ikon itu meletakkan Salah di dalam Kategori Titan (Gergasi).
Keupayaanya dilihat selepas berjaya memimpin pasukan negara itu sehingga layak ke Piala Dunia 2018 Rusia buat pertama kali selepas 28 tahun.

Sumber : Majalah Time dan Akhbar tempatan 



Post a Comment

0 Comments