MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tafsir al-Quran Dalam E-Braille dan Mandarin

Pelancaran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Quran versi bahasa Mandarin dan Braille al-Quran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah langkah yang patut dipuji oleh masyarakat Malaysia kuhsusnya mereka yang beragama Islam.

Dengan adanya kemudahan seperti diatas memudahkan umat Islam memahami dan menghayati al-Quran dalam pelbagai bahasa dan media sesuai dengan dunia teknologi pada masa ini.

Sesungguhnya al-Quran adalah rahmat bagi semua umat islam, sesiapa yang membacanya hati menjadi tenang dan tenteram didalamnya juga terkandung panduan kehidupan di dunia dan akhirat. Beruntung lah mereka yang mengambil berat dalam pembacaan al-Quran selain mendapat pahala, keredahaan Allah s.w.t adalah yang dicari.

Pengwujudan medium Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran versi Mandarin sebagai cara berdakwah kepada manusia secara langsung atau tidak, maanfaat darinya memudahkan muslim berbangsa Cina khususnya Malaysia dapat menggunakannya dengan mudah termasuk negara China kemungkinannya.

Orang Kurang Upaya (OKU)  atau juga di kenali sebagai Orang Kelainan Upaya tidak tersisi dalam arus perdana dengan kemudahan peralatan e-Braille sebuah mesin taip braille elektronik berteknologi tinggi dengan kos penghasilannya RM 17,000.00 sebuah.

Semoga penghasilan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran versi Mandarin dapat memberi manfaat kepada semua umat manusia sesuai dengan agama Islam itu sendiri Rahmatan Lil Alamin.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak JAKIM dan UTM atas usaha yang dilakukan dalam memertabatkan al-Quran di Malaysia dan Di mata dunia.

Sumber : JAKIM dan Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments