MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia Airlines (MAS) Syarikat Penerbangan Terbaik Asia




Malaysia Airlines (MAS) memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia pada Anugerah Perjalanan Antarabangsa Persatuan Antarabangsa Penulis Perjalanan Kawasan Pasifik (PATWA) yang diadakan di ITB Berlin, Jerman.

MAS berbanggga menerima anugerah berkenaan dan mendedikasikannya kepada kakitangan Malaysia Airlines yang telah memberi fokus kepada penyampaian pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang syarikat penerbangan berkenaan.

Antara faktor utama MAS dalam memperolehi anugerah tersebut:-
  1. Pesawat Baharu 
  2. Produk 
  3. Inovasi digital
Sebagai tanda terima kasih MAS akan menawarkan 25 peratus potongan tambang ke destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney kepada penumpang-penumpangnya

Tawaran tersebut sah sehingga tengah malam 12 Mac 2019 untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.

Pelanggan boleh menempah tiket melalui:-
  1. Mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian  
  2. Laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
 
 Sumber : Utusan Online 

Post a Comment

0 Comments