MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Madu Lebah Kelulut


03.02.2019 menjejak kaki kali pertamanya di ladang memelihara/menternak lebah madu kelulut sambil membuat lawatan dan pemerhatian menternak lebah madu kelulut secara kecil-kecilan bagi penghasilan madu kelulut, untuk tujuan kegunaan sendiri (kesihatan) dan komersial secara mikro.

Lebah kelulut adalah bersaiz kecil dan hidup dalam koloni berjumlah ratusan hingga ribuan di dalam batang kayu hidup dan mati  serta mampu menghisap madu dari bunga (nectar) sehingga ruang yang paling dalam yang mempunyai banyak mineral dan vitamin disebabkan saiznya yang kecil berbanding lebah biasa.

Sumber utama yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini adalah Propolis,  iaitu campuran resin yang diambil dan kumpul dari tunas pokok,  sirap pokok atau sumber tanaman yang lain.

Propolis terhasil melalui campuran air liur lebah kelulut dengan bahan makanannya seperti debunga,  kulit kayu,  bunga dan pucuk-pucuk pokok - pokok.

Diantaranya khasiat madu kelulit ini adalah:-
  1. Mengandungi pelbagai asid fenolik membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit 
  2. Mengandungi antioksidan yang tinggi berbanding madu lebah biasa berfungsi membantu mencegah penyakit dan tidak mudah letih (bertenaga)
  3. Membantu dalam rawatan kanser perut dan usus besar dan pengambilannya yang kerap dapat mencegah dari terkena kanser diatas
  4. Berkesan dalam membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah dan  hati serta mengurangkan trigliserida dalam darah
  5. Berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser dan menghapuskannya.
  6. Mempunyai mekanisme penyembuhan akibat luka pada tubuh badan,  dengan pembentukan tisu granulasi bagi penghasilan tisu baru
  7. Membentuk sistem imunisasi tubuh yang baik 
  8. Mengurangkan sakit tekak,  batuk dan selesma
  9. Meningkatkan metabolisma tubuh badan 
Jelas bahawa banyak khasiat madu lebah kelulut, diatas adalah sebahagiannya sahaja yang dapat disenaraikan.

Tumbuhan/pokok yang sesuai untuk penanaman makanan madu lebah kelulut hasil dari perbincangan dari penternak lebah kelulut diantaranya :-
  1. Pokok Akasia 
  2. Pokok bunga khawin
  3. Pokok buah belimbing
  4. Pokok bunga kuning 
Tumbuhan yang dinyatakan diatas mempunyai banyak bunga untuk makanan lebah kelulut.

Pokok Akasia


Pokok Bunga Khawin 


Pokok Bunga Kuning


Untuk menternak lebah kelulut bagi penghasilan madu kelulut tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh diternak berdekatan rumah kita,  seprti di halaman rumah,  belakang rumah dan kebun serta peralatan, mesin mudah untuk diperolehi seperti gambar dibawah.




Berhati - hati dengan perosak madu kelulut seperti haiwan cicak,  kerengga/semut dan katak. Pastikan sarang lebah kelulut ditempatkan di tempat yang teduh dan tidak terkena cuaca panas dan mempunyai persekitaran yang banyak tanaman tumbuh - tumbuhan.

Sekiranya anda ingin membeli madu kelulut asli dan segar dari ladang boleh la,  membuat pesanan melalui medium blog ini, semoga maklumat di atas memberi manfaat kepada pembaca dan pengusaha madu kelulut.

Sumber : Utusan online dan Kredit kepada encik Safwan (penternak lebah madu kelulut).




Post a Comment

0 Comments