MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bayaran RM500 Kepada Pesara



Sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 Nov 2018 tahun lalu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pemberian sebanyak RM 500 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja mulai esok (20 Mac 2019) kepada seramai 75, 352 pesara-pesara kerajaan yang menerima pencen di bawah RM 1,000 sebulan.

Pembayaran secara one-off sebanyak RM500 diharapkan dapat memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa para pesara-pesara Kerajaan yang terlibat, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kos sara hidup serta pemberian tersebut dapat digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas harian.

Data senarai penerima terbabit (pesara-pesara kerajaan)  diperolehi hasil kerjasama dengan JPA dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi memastikan bantuan tersebut dibayar kepada penerima pencen yang sepatutnya dan layak.

Pelbagai agensi terlibat dalam penyemakan data pesara-pesara kerajaan yang layak diantaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bantuan diatas, boleh menghubungi talian 03-8885 4648/ 4432/ 4667 pada hari bekerja mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.

Sumber: Bernama dan Penulis Sendiri

Post a Comment

0 Comments