MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Takaful

Takaful adalah salah satu konsep syariah yang di implementasikan dalam industri Insuran dan didefinisikan sebagai menjaga dan menjamin keperluan seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di dalam kumpulan tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain  sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang daripada ahli mereka.

Ciri-ciri utama perlaksanaan opersai takaful:-

1. Saling menjamin

Peserta bersetuju saling menjamin dan melindungi diantara satu sama yang lain sebagai contoh sekiranya berlaku musibah atau kerosakan harta benda, mereka bersetuju untuk menggantikan kerugian yang dialami oleh peserta. 

2. Memegang amanah

Pengenadali takaful sebagai contoh di Malaysia Takaful Malaysia,  Takaful Ikhlas,  Takaful Etiqa dan seumpamanya memegang amanah yang diberikan oleh peserta melalui sumbangan bulanan (Takaful Keluarga) ataupun sumbangan tahunan (Takaful/Insuran Kenderaan/Rumah/Kilang/Pejabat dan seumpamanya).

3. Pembayaraan manfaat takaful

Sumbangan yang dibayar dikumpulkan dalam satu dana yang dipanggil  Kumpulan Wang Takaful sebagai bayaran manfaat takaful  kepada peserta atau penyumbang.

4. Pelaburan dana

Dana takaful dilaburkan di dalam mana-mana industri/Bahagian/Institusi/Oragnisasi yang menepati dan diluluskan syariah. Lazimnya setiap industri takaful mempunyai Majlis Syariah yang dianggotai oleh pakar agama dan ekonomi.

Konsep Takaful terbahagi kepada 4 perkara ia itu:-

1. Takaful

Saling menjamin diantara satu sama lain,  mengamalkan konsep perpaduan, tangunggungjawab bersama dan persaudaraan 

2. Tabarru 

Sejumlah derma ikhlas yang diberikan oleh ahli diatas perjanjian dan atas semangat berkerjasama dan saling membantu sesama ahli sekiranya ditimpa musibah.

3. Mudharabah

Satu konsep perkongsian keuntungan bersama diantara pengendali takaful dan peserta. Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebagai contoh 50/50 atau 40/60 , berdasarkan  modal,  keusahawanan, penyedia modal,  aktiviti perniagaan, tawaran dan penerimaan serta nisbah keuntungan.

4. Wakalah

Wakil atau agensi takaful yang menguruskan takaful 


Sumber : Nota Takaful dan penulis sendiri Ejen Takaful 

Post a Comment

0 Comments